Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, May 3, 2016

Budi bahasa amalam mulia...

Tajuk posting saya di atas sangat mudah, seolah tajuk karangan pelajar sekolah rendah. Namun tajuknya sahaja mudah, amalannya payah...

Sebenarnya saya nampak mereka sekeluarga di meja bersebelahan saya, di hadapan kolam. Saya rasa ada yang tidak kena, mereka tidak nampak semulajadi. namun saya tidak mahu campur urusan keluarga orang, saya mahu rehat. Mahu bercuti sempena hari lahir dan hari pekerja.

Kalau kita mandi kat kolam ada etikanya, ada etika berpakaiannya. Tak bolehlah kita ikut suka kepala kita jea walaupun kita nil Bill Gates, atau Mariar Carry.

Saya lihat seorang lelaki terus memanggil budak jaga kolam tu apabila anaknya (mungkin anak saudaranya yang dalam lingkungan umur 9 - 10 tahun) menangis. Sebenarnya anak sudaranya menangis apabila pakaiannya ditegur sebab tak sesuai dengan etika berpakaian di kolam.

Di sinilah saya tengok ayah (mungkin pak saudara dia) marahkan `boy' kolam tu di hadapan saya di cefe tepi kolam yang makanannya mahal tu...(kena cerita ke).

Saya rasa inilah penyakit rata-rata orang Melayu yang sudah berjaya sekelumit tapi ego menggunungg tinggi. Apa salahnya jika berbudi bahasa dan bersopan santun. Budak kolam tersebut tidak bersalah kerana itulah tanggungjawab mereka. Lagipun budak tersebut bukannya memarahi tetapi menegur dengan baik.

Lelaki yang bercerut itu memarahi budak jaga kolam tersebut. Dan sekeluarga menyokongnya. Yang paling tua juga begitu...yang sepatutnya menenangkan keadaan.

Peristiwa seperti ini berlaku di mana-mana, di mana orang Melayu tersebut berlagak bintang. Saya juga pernah berlagak bintang tetapi tidak sesekali saya merendahkan orang lain di sekeliling saya. Sebab saya percaya kita bintang dalam satu perkara sahaja bukannya dalam banyak perkara. Dalam perkara lain kita mungkin pasir jea, bukan bintang.

"Tak tengok orang dulu..." Itu kata seorang yang berpangkat nenek atau opah, menyokong anaknya yang mungkin membela cucunya. Bagi saya dialah sepatutnya mengajar generasi berkelakuan lebih baik, bukannya mengajar yang apabila kita sudah kaya dan berpangkat kita boleh buat apa sahaja tidak ikut peraturan. Peraturan untuk orang biasa sahaja.

"Tak tengok orang dulu' tu bermaksud boy kolam tu harus kalau nak menegur tengoklah kot-kot datin ke, kerabat ke atau orang-orang kaya. Saya rasa ini tidak bagus sebab tak kanlah bila orang kampung atau miskin baru boleh tegur.

Dan bagi saya kalau kaya sangat ... kalau keluarga yang kaya raya tentu tidak bercuti di tempat sebegini. Ke Abu Dhubai ke, atau ke Paris. atau ke London...

Saya malu pada diri sendiri sebab saya Melayu yang melihat keluarga Melayu yang sudah agak senang kehidupannya tetapi membesarkan diri menghina orang Melayu yang rendah kelas. Tidak rugi kita menjaga budi bahasa kita...

Tapi tulah budi bahasa sudah menjadi semakin mahal dan susah diperolehi...

Pemandangan dari bilik saya...





No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home