Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, May 30, 2016

I can see ghost 2016




Saya ke panggung lagi minggu lepas bersama dua orang anak saudara saya yang tidak pernah masuk panggung wayang. Anak saudara perempuan saya ini memang tidak pernah tengok wayang walaupun sudah besar. Kakaknya dah bersekolah menengah.

Seingat saya, saya sudah tengok wayang sebelum saya sekolah rendah lagi. Dan saya berterima kasih kepada emak dan ayah sebab bawa saya ke panggung wayang. Saya dapat lihat banyak kehidupan orang lain dari wayang. Saya dapat lihat banyak pengajaran dari wayang. Tidaklah hanya dari membaca buku dan melihat kisah rumahtangga kawan-kawan saya...he he he.

Mungkin ada pihak mempersoalkan kewajaran saya membawa anak-anak saudara saya mengenali dunia wayang. Namun saya tidak peduli.

Saya memilih cerita hantu. Dan akibatnya selain kami bertiga, hanya ada dua orang lain lagi yang tengok cerita tersebut. Tapi saya rasa dua orang lagi tersebut yang duduk di belakang `main wayang'; mereka sendiri... Saya rasa ini contoh terbaik orang yang tidak baik buat perkara yang tidak baik di panggong wayang.

Cerita ini tidak sedap. Mungkin ini jawapan kenapa tidak ramai menengoknya. Tidak ada apa-apa yang istimewa bagi saya. Jadi sila ambil perhatian bahawa bukan semua filem seram Thailand sedap. Namun kami terhibur jugalah sebab ada lawak-lawak bodoh sama seperti dalam filem-filem  Melayu kita yang bertemakan hantu. Cerita ini mungkin grene komidi seram. Entahlah...

Kisah sekumpulan anak muda mahu buat klip video dan menyewa rumah yang berhantu... Ada roh sesat, ada perempuan cantik, hero jambu, ada cinta dan tamat.

Saya teringat filem Nang Nak... antara filem seram terbaik pernah saya tengok... cerita ini mengajar saya banyak perkara terutama `cinta tidak semudah/semurah yang kita lafazkan'...(pulak)


Saya percaya cinta yang kuat ada mempunyai tenaga. Namun bila kita mati, tenaga itu ke mana yea?




No comments:

   

.

.

.