Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, May 3, 2016

Kasih sayang orang lelaki...: Bara dalam air...

Saya tidak terkejut apabila kawan saya buat pengakuan yang suaminya tidak sayanginya seperti dahulu. Demi allah saya tidak terkejut sebab jarang lelaki seperti saya. 

Kalau saya ceritakan jenis lelaki yang saya miliki, mungkin kawan lelaki saya juga akan kata saya lelaki bodoh. Saya tidak nafikan kesetiaan dan kebodohan hampir dekat saja jarak dan sedikit bezanya. Kadangkala kita sebenarnya bukanlah orang yang setia tetapi bodoh. Begitulah sebaliknya.

Lelaki menggunakan mata sebagai jambatan rasa kasih sayang dan berahinya. Jadi mereka mampu jatuh cinta 24 jam, 7 hari seminggu. Suami kita tidak cari yang lain bukanlah kerana dia sangat sayangi kita atau cintai kita tetapi atas 1001 satu sebab lain. Kita sebagai isteri jangan perasan... he he he.

Mereka mungkin mahu cari yang lain tetapi mereka dalam keadaan `berperang' setiap masa demi anak-anak dan isteri. Dengan kata lain keluarga. dan keluarga adalah masyarakat juga...

Katalah apa sahaja kepada kaum lelaki tetapi sejak zaman purbawara lagi mereka begitulah, semuanya sama, adanya. Payah nak berubah...(sama seperti fesen baju seluar mereka, he he hee). Sepatutnya sang isteri tahu perkara ini tetapi mereka galak mengharap dan berdoa tanpa tindakan...

Saya lihat kawan saya atas bawah...dia sudah pudar kecantikannya. Dia patut sembahyang sujud syukur kerana dia masih ada suami. Saya rasa dia patut beli treadmill bayar RM90 sebulan supaya dia tidak selebar pintu... Memang sukar `ikat' suami tetapi itulah hakikatnya. lebih dia banyak duit.lebih sukar kita nak ikat...

Saya tak kata semua lelaki teruk. Ada lelaki setia...Cuma payah sangat nak cari lelaki yang baik. Ibarat mencari bara dalam air... Atau cari lelaki sebegitu dalam laut jea...

Ha ha ha...


Image result for men love toward wife

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home