Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, December 18, 2015

Murid bodoh ke, atau cikgu bodoh?

Image result for bad teacher


Sebagai tenaga pengajar, saya telah melalui banyak pengalaman yang membawa kepada pengajaran-pengajaran kehidupan yang amat bernilai, yang tidak ada dalam buku. Menjadikan kita lebih manusia. Memanusiakan kita.

Tuhan jadikan saya cikgu sekejap, untuk ajar banyak perkara jadi pedoman selamanya.

Saya dapati tidak semua pelajar cerdik, malah ramai yang bodoh. Yang dipanggil bodoh itu ialah pelajar yang daya penakulan terhadap pelajaran yang diajar lemah. Mereka sukar memahami apa yang diajar. Dan kerapkali apabila di `test' melalui kuiz dan sebagainya, didapati separuh daripada apa yang di ajar pun mereka gagal memahaminya. Mereka bodoh. Kita jadi marah.

Sebenarnya saya tidak senang hati dan terkilan jika pelajar dicop bodoh secara terangan. bagi saya kalau pelajar bodoh saya tidak marah, saya simpan dalam hati. Yang membuatkan saya marah ialah pelajar malas. Malas guna peluang baiki diri.

Namun perkataan bodoh itu tidak tepat kerana ada di antara mereka sukar memahami apa yang diajar tetapi apabila mereka fahaminya mereka akan kejap kukuh di ingatan. Dan menggunakan pengetahuan itu ke arah yang baik untuk majukan diri. (Yup, apa guna kalau cepat faham dan cepat pula lupa.)

Mereka ini juga dikenali dengan perkataan atau ayat yang lebih manis iaitu `lambat belajar'. Sebenarnya lambat belajar jauh lebih baik dari cepat belajar dan cepat lupa atau cepat belajar pada benda yang tak sesnonoh atau memudaratkan diri dan masyarakat.

"Awak ni bodoh sangat, makan apa?!" ini adalah ayat yang tidak sepatutnya dilemparkan oleh seorang guru yang cerdik kepada murid (di depan murid tersebut di khalayak ramai). Guru seperti ini memalukan imej guru-guru lain, selain mencatas tunas harapan murid.

Dan guru-guru sebegini berani bercakap begitu sebab sekolah yang dia orang mengajar adalah di kawasan pendalaman, bukan di bandar. Guru ini berhadapan dengan pelajar yang ibubapanya bukanlah guru dan tidak mempunyai kedudukan yang bagus dari segi harta benda dan sosial. Atau dengan kata lain pelajar yang ketinggalan...(yang seharusnya dia bantu. Pelik kan? Selamat datang ke planet bumi).

Orang selalu kata kerja cikgu adalah mulia dan senang masuk syurga. Saya juga pernah menjadi guru lebih dari lima tahun. Saya membuat rumusan menjadi guru juga senang membawa kita ke neraka... Tanggungjawab besar itu amatlah besar. Setiap bulan terima gaji, kenalah rajin la ke kelas, jangan lewat atau ponteng... Makan gaji haram.

Namun saya percaya golongan cikgu sebegini segelintir sahaja rasanya. tetapi segelintir ini amat merbahaya dan durjana kerana ia boleh membunuh cita-cita, harapan dan kehidupan murni yang baru tumbuh. 

Mereka terlupa pelajar yang seharusnya paling disayangi dan diberi galakan adalah pelajar yang paling bodoh!


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home