Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, December 7, 2015

37 hari tanpa nasi: Bhg 2

Sekarang saya sudah boleh hidup dengan selesa walaupun tidak makan nasi. Pada mulanya memanglah saya rasa sangat lapar (dan adakalanya bila malam tangan saya mengeletar. Seolah saya ambil dadah).

Ramai kawan saya yang tidak bijak menyatakan tindakan saya tidak makan nasi tersebut adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Namun saya tetap berpegang teguh yang itulah jalan yang terbaik untuk saya mengembalikan anak jarum alat timbangan berat badan saya ke angka yang betul. Saya tidak boleh mengurangkan jumlah nasi kerana ia mendorong saya untuk teruskan sendukan yang seterusnya.

Saya tidak boleh mengawal tabiat menasi ini. Saya harus hentikannya. Begitulah juga dengan kaedah bagaimana saya berhenti merokok. Saya terus tiba-tiba berhenti. Bukannya mengurangkan jumlah hisapan perhari saya.

Kaedah ini terbaik untuk saya...tetapi bukan untuk orang lain...


No comments:

   

.

.

.