Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, December 8, 2015

Kita tetap bongkak dan bodoh tak boleh diajar!

Image result for pendatang asing tanpa izin
Add caption
TERSENTUH hati saya melihat seorang warga Indonesia bertungkus lumus mencari rezeki. Tentu dia penat dan letih. Saya rasa terharu apabila melihatnya. Dia guna peluang yang ada. Berhijrah jauh mencari rezeki.

TERGELAK hati saya apabila pekerja Bangla dituduh merampas peluang pekerja tempatan. Perkataan `rampas" tersebut sangat kelakar bagi saya. 

TERKILAN bila orang kita (tenaga kerja kita) malas berkerja, cepat letih dan tidak berdisiplin. Apa yang kita tau mahu bersenang sahaja.

Malah dalam pada itu kita tuduh pula mereka datang memberi saingan kepada peluang kerja tempatan yang ada. He he he.

Kita tidak sekali pun berfikir mereka datang kerana kita wujudkan lompang pekerjaan sebab orang kita malas berkerja. Mereka (pendatang) cuma datang untuk memenuhinya sahaja... Mereka datang sebab ada kerja (kerja yang orang kita tidak mahu buat).

Namun cara kita berfikir tetap bongkak. Kita sesat dan akhirnya kita jadi bodoh tak boleh diajar.

Kita selalu nampak kuman di seberang...

Selamat datang! Malaysia masih aman.


No comments:

   

.

.

.