Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, June 1, 2015

Setiap hari ada pasangan bercerai di Terengganu...

1. Saya percaya jika masing-masing kembali kepada kerja hakiki sebagai suami dan sebagai isteri...hampir semua perkhawinan dapat diselamatkan. 

2. Saya percaya benar pihak yang harus keluar rumah dan bekerja keras adalah si suami, sementara yang duduk di rumah adalah si isteri. Ini selari dengan kehendak ajaran agama.

3. Si isteri kalau keluar bekerja pun hanya sekadar membantu, tidaklah boleh berkerjaya sehingga masa bersama keluarga terhad.

4. Saya percaya petuanya mudah. Si suami harus bekerja keras untuk menyediakan `rezeki' /perbelanjaan buat isteri dan anak-anak. Dan si isteri juga kena bekerja keras menyesuaikan diri dengan keupayaan suami masing-masing membawa `rezeki' ke rumah.

5. Tidak bolehlah menyuruh suami menyediakan sesuatu di luar keupayaan sedangkan gaji suami ciput. Meminta biarlah berpadanan. Bukankah kerana kasih dan sayang kita sanggup berkorban?

6. Dan tidak bolehlah si suami lepas tangan dan rasa selesa jika gaji isterinya jauh lebih besar.

7. Statistik dari negeri Terengganu menunjukan sehingga bulan lima 2015 purata penceraian adalah setiap hari satu penceraian. Salah satu faktor utama penyebab penceraian adalah faktor ekonomi.

8. Dan jika dilihat untuk konteks sepanjang tahun biasanya setiap hari purata terdapat tiga penceraian di Terengganu.

9. Saya percaya kadar penceraian ini akan semakin pesat pada masa akan datang...

1 comment:

Adie Achim said...

..dan memandangkan isteri sy bergaji lebih tinggi dri saya.. maka sy menyokongnya sepenuh hati.

Telah selesai membaca secara marathon :)

   

.

.

.