Total Pageviews

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, June 4, 2015

Orang perempuan suka meminta cerai?

"Kalau kuasa talak diberikan kepada orang perempuan nescaya dalam sehari 10 kali suaminya ditalakkan...he he he." Kata seorang kawan saya semasa kami minum bersama petang. 

"Orang perempuan kurang sabarnya, selalu ikut perasaan. Suka cakap banyak dan beremosi" Tambah kawan saya sambil dia menghirup tea tarik. Saya tersenyum sambil menyumatkan ayam masak kicap ke mulut. 

Saya kunyah betul-betul sebab saya akan memberi respon terhadap apa yang dikatakannya. 

Untuk mengatakan perempuan suka minta cerai agak keterlaluan sebab kita kena menjurus kepada persoalan mengapa mereka minta cerai?  Mengikut statistik (statistik lagi) memang hampir 70% kes penceraian di Kelantan, Terengganu dan Johor dipohon oleh isteri. Kajian Datuk Dr Zaleha Kamaruddin dalam tempoh 1998-2002.  

Walaupun kajian tersebut sudah lama namun Dr Zaleha memberitahu trend tersebut semakin meningkat. Dan secara peribadi saya bersetuju. 

Seorang isteri tentulah mengharapkan perhatian suami dalam rumahtangga. Cuma saya nak tambah mungkin akibat daripada sikap suami yang menyerahkan segalanya pada isterilah yang membuatkan isterinya rasa dipergunakan. Mula-mula boleglah dilabelkan pengorbanan tetapi lama-lama kemudiannya `terkorban'. He he he. |Haaa... 

Ada kawan perempuan saya mengatakan jika terjadi `apa-apa' pada perkahwinannya dia akan melaluinya dengan tenang sebab selama ini segala urusan rumahtangga dia yang lakukan. Dia boleh hidup tanpa suami. 

Jadi kata-kata kawan saya yang orang perempuan selalu ikut perasaan, cakap banyak dan emosi itu, tidak boleh diterima seratus peratus. Sesiapa pun akan terarah untuk ikut perasaan, cakap banyak dan beremosi jika teraniaya terlalu lama. 

Namun saya setuju bila kawan saya kata Pi mai-pimai tang tu juga yang bermasud lelakilah yang bertanggungjawab besar dalam rumahtangga... 

Sekian... 

No comments:

   

.

.

.