"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, September 27, 2013

Walaupun isteri Mat Yo minta maaf...

Ramai juga  kawan-kawan saya yang bertanyakan pendapat saya mengenai kes isteri Mat Yo, he he he. Saya bukanlah peminat bola sepak maka saya tidaklah minat atau kagumi Mat Yo walaupun kami sedaerah. Kawan saya beritahu Mat Yo berasal dari Besut. Saya tak tahu pun, Saya tak bangga. He he he.

Saya melihat isu ini bukannya isu siapa mengkhianati sesiapa. Contohnya kalaulah ada orang yang hendak mengkhianati pasangan suami isteri tersebut. Itu isu lain. Bagi saya isu sebenarnya yang kita harus peka dan kupas ialah isu serius mengenai perubahan kedudukan kelas dalam masyarakat Melayu. Haaa... Pendek kata antara golongan rendah dan golongan atasan. (Dan dalam kes bini Mat Yo, saya dapati sebenarnya kedudukan mereka bukanlah tinggi sangat pun, he he he).

Sekejap, saya nak ke tandas...

Saya kembali semula dari tandas... Saya senang hati kerana rupa-rupanya masih ramai rakyat Malaysia yang mengutamakan nilai murni dalam masyarakat. Tahniah!. Rata-rata memberi pendapat (walaupun sesetengahnya sambil mencarut, he he he) mereka mahu orang tua dihormati sebagai manusia dan juga jenis pekerjaan seseorang janganlah dipandang rendah.

Itu sahaja komen saya, dan saya berpendapat walaupun isteri Mat Yo minta maaf, masyarakat sudah dapat menilai dan memberi tafsiran... Mereka sudah ada pendapat mereka sendiri...

Tentang Mat Yo?





No comments:

.