"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, September 12, 2013

Perempuan juga `mengail'...

Saya tidak berkahwin. Saya lepas bebas bak burung, namun kebebasan saya, saya kawal apabila berkawan dengan rakan sekerja. Kawal pergaulan dan percakapan sebab kita nak bekerja bersama bukan untuk setahun dua tetapi mungkin sampai kita menopaus atau andropaus.

Lagilah penting jika kita akan bekerja bersama kawan yang berlainan jantina (jantan betinanya). Perkataan yang kita keluarkan dari mulut mesti dijaga dan ditapis (lainlah dah macam adik beradik dan bukan nak mengatal miang), dan akhir-akhir ini apa yang kita tulis dan hantar kepada handpone kawan kita juga perlu dijaga.

Katalah saya ni ketinggalan kurun ke tetapi saya tidaklah setuju kalau dalam percakapan atau hantar sms menggunakan kata nama ganti `sayang' ni. Bukan apa, apakah jadahnya dah ada suami/isteri terconggok kat rumah tetapi tetap panggil rakan sekerja yang juga suami orang `sayang' `sayang' ni?

Tidak bolehkah sayang-sayang ini dihadkan penggunaannya agar ia lebik eksekusif? Lagipun sensitiflah kalau laki orang pun kita nak kata sayang. Pelik betul yea...?

Nampak hina sangatlah (termasuk nampak laki kita terhina) kalau kita ni bini orang tapi dok `mengail' suami orang kat pejabat. Namun hina dan bersalah juga jika kita suami orang tetapi `mengail 'isteri orang. Kadang-kadang saya tidak faham mengapa orang yang sudah berumahtangga tetapi perangai lebih dari kera.

Jan: Perempuan zaman sekarang dah mula nak sama dengan perangai teruk lelaki...emmm.




No comments:

.