Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, September 10, 2013

Kosongnya dalam sebuah perkahwinan...

Saya selalu ibaratkan sebuah perkahwinan seperti menanam pokok. Kita mesti berusaha menjaganya. Begitu juga dengan sebuah perkahwinan, kita mesti ada pengisiannya, jangan sesekali biarkan ianya kosong.

 Jangan kalau nak ianya selamat selamanya.

Berita seorang pelakon lelaki yang dikaitkan menghantar gambar lucah kepada isteri orang menerusi aplikasi WhatsApp bukanlah berita menghairankan saya. Sikit pun saya tak hairan atau pelik. kalau dia antar surah yassin, ianya pelik. Selamat datang ke dunia kita.

Mengirim gambar lucah biasanya kerja budak remaja atau bujangan sama ada tua atau muda. Kita tidak hairan. Namun jika berlaku di dalam sebuah perkahwinan, ianya tidak normal walaupun tidaklah pelik sangat. Ini berita yang kita tahu, yang kita tidak tahu? Haaa...

Sebenarnya susah sangatkah untuk mencintai isteri/suami kita selamanya. Susahkah? Ya, tentulah susah sebab sifat manusia itu apabila ia dapat, ia tidak akan pernah merasa puas. Bila kita mula lihat kulit muka bini kita sudah kusam, kendur dan kedut. Bila kita lihat laki kita semakin tak boleh diharap dan tak ada wawasan. Apa yang akan terjadi?

Saya rasa apabila sebuah perkahwinan itu telah hilang akan hangatnya, ia akan menjadi kosong. Dan apabila ia menjadi kosong, ia akan mula memungkinkan banyak perkara yang tidak baik... yang lelakinya layan isteri orang. Dan isteri orang layan laki orang...

Jan: juga kurasakan kosong, kosong, kosong? He he he.


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home