"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, September 2, 2013

Rumah terbuka: Bukan sekadar nak makan kan?

1. Saya berpendapat jika berduit sekalipun bukan semua orang boleh mengadakan majlis `rumah terbuka'.

2. Ringkasnya tidak ramai yang akan datang ke rumah kita kalau kita jenis tidak pandai bersosial. Seorang orang yang tidak mempunyai personaliti yang menarik dan tidak diperkatakan memang sukar untuk mengadakan rumah terbuka.

3. Jangan sedap mulut jea cop orang yang tidak buat rumah terbuka kedekut. Hakikatnya? Hakikatnya lain.... Hakikatnya mereka tidak `berdaya' untuk buat rumah terbuka. Bukannya kedekut.

4. Maka sebermula cerita adalah seorang hamba allah yang berpangkat besar dalam organisasi membuat rumah terbuka. Dan hasilnya sangat mengecewakan kerana hanya kakitangannya sahaja yang hadir wal hal rumah terbuka tersebut untuk semua orang di kawasan perumahan tersebut.

5. Apabila mengadakan rumah terbuka ada `hukum-hakamnya' dan ada `measuremeng'nya majlis kita tersebut berjaya atau tidak. Antaranya berapa ramai jemputan yang hadir. Kalau jemput ramai tetapi yang hadir tu ciput... Muhasabahlah diri anda.

6. Kita tinggalkan kisah orang lain. Kita lihat kisah saya. Apabila saya tidak cukup masa dan harus memilih, saya memilih untuk pergi ke rumah Mr X, bukan Mr Y. memanglah rumah Mr Y lebih besar dan makanan pasti lebih banyak tetapi saya memilih hanya untuk ke rumah MR X yang rumahnya jauh lebih kecil dan makanannya seadanya jea...

7. Kenapa yea?

Jan: Haaa... Kita hadir kerana tuan rumah, bukan kerana saiz rumah atau sedap makanannya...tok gitu?

1 comment:

Nong Andy said...

Betul....

Rumah besar makanan best tapi kalau nanti kita tak tahu nak borak apa dgn org dlm rumah tu.. payah tu..


Tapi payah juga kalau gi rumah org yg kita selesa sgt... di khuatiri kita akan lepak lelama kat rumah tu kakakaka... pjg citer katakan.

.