"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, September 27, 2013

Suami beristerikan `singa'... Kisah benar!

Ini cerita benar tentang isteri garang, demi Allah bukan saya reka-reka. Ia melibatkan seorang kawan kepada kawan saya... yang berkahwin dengan `singa'. He he he. Cerita ini tidak tersebar luas kerana ia bukannya berlaku di lapangan terbang. Ia berlaku di supermaket sahaja. Dan ia bukanlah melibatkan pegawai keselamatan atau isteri pemain bola sepak atau bola lisut.

Kejadian memalukan ini dicerita sendiri kepada kawan baik saya yang kemudiannya diceritakan pada saya. Kejadian ini walaubagaimana pun turut disaksikan oleh ramai orang keran ianya berlaku di kaunter pembayaran. Si isteri jerekah/herdik si suami depan kaunter dengan kata-kata kesat yang Allah sahaja yang tahu (saya tak sanggup menulisnya di sini, bukan setakat perkataan `bodoh', `dayus' dan `pantat' sahaja, banyak perkataan lain yang digunakan) kerana lambat keluarkan duit untuk berikan kepada juruwang. Memang ada lelaki yang selow sikit pergerakannya tetapi janganlah depan orang malukan suami. Buruk baik, suami kita juga...

Sang suami sebelum ini memang tertekan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa sebab sudah `terikat' dengan perjanjian perkahwinan. Bila tidak tahan dia selalu `lari' tidor rumah kawan apabila berbalah dalam rumahtangga. Katanya isterinya garang macam singa.

Pernah dia disumpah seranah dan dimaki depan anak-anak dengan kata-kata yang kesat dan hina. Ungkit segala keturunan dan menyamakan dia dengan haiwan (haiwan yang bukan ternakan malah haram disentuh oleh penganut agama tersebut).... Kesnya dia ada buat pinjaman peribadi sebanyak cuma RM5K untuk baiki atap dapur rumahnya di kampung.

Tetapi isterinya bertukar jadi `Hulk' kerana kata isterinya pembiayaan tersebut sepatutnya kena beritahu terlebih dahulu sebab ia melibatkan wang keluarga!.

Isterinya beritahu dia tak layak baiki dapur rumah tersebut sebab banyak adik beradik lain yang lebih layak kerana berduit. Namun kawan kepada kawan saya beritahu adik-berdik lain tak membantu. Jadi tak kan dia nak biarkan atap rumahnya bocor...haaa... Kesian kan? Saya tidak ada isteri tapi tak payahlah kesiankan saya. Kita pakat-pakat kesiankan orang yang ada isteri tetapi isterinya....huh!

Kata sang suami dia tidak boleh ceraikan isterinya sebab sudah sangat `terikat' belaka. Malah isterinya sudah terangkan betapa hidupnya akan sengsara bila bercerai kerana gaji akan dipotong untuk nafkah anak bini. `Bogel' lah jadinya...ha... Contohnya walaupun sudah ada dua buah rumah si suami yang bayar tetapi kedua-dua buah rumah tersebut nama si isteri!. Begitu juga kereta dan segala harta-harti. Pendek kata kalau bercerai memang bawak seluar dalam jealah keluar dari rumah...Haaaa. Ni pengakuan sang suami tersebut. Eeee ngeri kan?

Semasa kawan saya cerita, saya mendengarnya sahaja dan memang pun berniat nak menulisnya kat blog. Bukan nak aibkan sesiapa tetapi jadikan sempadan. Kawan saya yang bercerita kata kawannya tersebut sebenarnya dah jatuh dayus. Saya taklah tahu apa erti dayus yang sebenarnya tapi saya rasa tentu ia suatu yang sangat tidak baik bila ada sang suami menjadi dayus.

Saya tidak tahu nak kata apa, cuma saya yakin sangat sebenarnya kita kena kahwin dengan orang yang sayangi kita seadanya. Bukan kerana kita ada rupa atau harta, pangkat dan kedudukan. Kita juga patut kawin kerana kasih sayang dan perangai bukan kerana dia cantik ke, pemugari ke, bintang bola lisut ke dan sebagainya...

Kalau kambing sayang kat kita kawinlah dengan kambing...tapi singa? Huh!

Jan: Haaa...


Kalau kita ada pegawai peribadi kan senang! Tak payahlah kita parking pergi beli tiket!!! Ni awak kedekut pahit!

2 comments:

azr said...

cute la singa tu kna mrh... hehehe...

sukiman said...

he he he

.