"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, September 26, 2013

Selamatkah anak kita di Kem PLKN?



Di dunia ini tiada tempat yang dapat menjamin keselamatan anak-anak kita. Memang benar, anak-anak kita boleh mati di mana-mana sahaja dan atas apa-apa faktor juga. Contoh, anak remaja kita boleh mati di asrama, padang bola atau kantin. Dan anak kecil kita juga boleh mati tersedak susu tepung atau didera di pusat asuhan. Dan anak bujang kita boleh mati di Kem PLKN (Pusat Latihan Khidmat Negara)...

Khabarnya sudah terdapat 24 kematian di Kem PLKN (yang kebanyakannya adalah atas faktor kesihatan). Berita terbaru mengenai kematian seorang pelatih di Kem PLKN, Muadzam Shah mengejutkan saya, sebab saya mencari makan di Muadazam Shah. Saya merasakan ia akan menjadikan ibubapa merasa bimbang untuk menghantar anak-anak mereke ke kem PLKN.

Kadang-kadang saya tertanya tidak cukupkan dengan apa yang ada di sekolah? Maka saya sendiri seperti biasa menjawabnya, tidak cukup!. Alah, sedangkan di rumah pun ibubapa gagal membentuk dan memberi contoh anak-anak (mungkin sebab bapa dayus, ibu celupar? Haaa....).

Di Kem PLKN ini penuh dengan budak-budak. Kita tahu budak-budak sekarang dari banyak sudut amat berbeza dengan budak-budak dahulu. Contohnya, kita pun tahu budak-budak kita sekarang sekolah rendah pun dah galak ada pasangan. Bila naik sekolah menengah hati asyik nak `mengawan' jea kerjanya. Jangan sangka anak kita yang sopan santun depan kita tu tak mengawan, haaa... Jangan pula Kem PLKN jadi tempat mengawan. Haaa...

Di Kem PLKN juga dipenuhi oleh pelajar yang bermasalah. Mereka akan membuat masalah juga di sana dan seharusnya ada kawalan yang ketat. Pihak pengurusanlah yang bersalah sebab mereka bertanggungjawab sepanjang perjalanan latihan di kem. Di sini ibubapa sudah tak boleh disabitkan lagi walaupun perangai sebenarnya dibawak dari rumah, tok gitu? Haaaa

Objektif murni PLKN adalah baik, tidak bijak pula kalau kita tebang pokok ketung kalau ramai yang salahgunakan daun ketung. Nampak sangat kita jenis menentang pembaharuan atau jakun. Maka tak boleh lah nak haramkan PKLN pulak... Atau kaitkan dengan faktor politik...(ramai orang macam tu)

Tak kanlah sampai kita nak tutup Kem PLKN, yang patut kita sama-sama fikirkan bagaimana nak baik pulih PLKN. Sebenarnya bukanlah salah PLKN 100%, (ada setengah pendapat mengatakan memang bila anak kita dah jahat hantar kat Zoo Negara pun gitulah perangainya) namun kena kemaskinikan segala yang patut oleh pihak yang terlibat sebab mereka bertanggungjawab!

Jan: Zaman dulu tak ada PLKN, kita semai banyak jati diri dalam Kelab atau Persatuan di sekolah, saya masuk Pengakap dan Kelab Kerjaya....Haaa... (tak tanya pun? Saja beritahu)


No comments:

.