"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, September 9, 2013

Filem patriotik semakin terpinggir

“Ini sangat memalukan dan menyedihkan,” kata Pengerusi Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Mustapha Maarof dan memberitahu kos produksi filem itu berjumlah RM4.8 juta. Mustapha memberitahu, kutipan box office Tanda Putera sangat menyedihkan jika dibandingkan dengan filem KL Zombie yang mendapat kutipan RM3 juta bagi tempoh sama.

“Tanda Putera sebuah filem yang bagus namun selera penonton berbeza-beza. Disebabkan kurang sambutan yang diterima, filem berkenaan harus ditayangkan di panggung yang lebih kecil.


XXXXX:

1. Saya sudah menonton filem ini.

2. Memang filem sebegini sambutannya dingin. Memang saya dah jangka. Ketika saya ke panggung hanya ada lebih kurang 30 orang sahaja di dalam pawagan yang besar.

3. Kita buang ke tepi isu politik atau teknik pembikinan filem ini. Sebelum campurtangan politik ke atas dunia filem Melayu pun beginilah sambutan filem sejarah atau filem patriotik. 

4. Penerbit harus akur, mereka akan sangat rugi dalam jangka pendek. Sebab itulah lebih ramai penerbit rela buat cerita mengarut sebab selera mengarut masyarakat.

4.5. Asal duit masuk kantung...

5. Namun hakikatnya ginilah nasib filem patriotik. Kita segan nak tengok filem sebegini. Masyarakat kita kita suka KL Zombie. Kita tidak boleh marah.

6. Memanglah kita tak boleh tuduh siapa yang tak tengok filem ni tak patriotik kerana banyak tingkah laku yang boleh dikatakan patriotik selain nonton filem patriotik.

7. Namun pada pandangan saya filem unsur patriotik atau sejarah kena juga ada.

Jan: Siapa yang bersalah yea? (macam biasa, buat-buat tanya)

No comments:

.