"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, September 10, 2013

Kisah menumpang rumah mertua...

Saya sebenarnya jemu juga mendengar dan menceritakan semula masalah rumahtangga orang di sekeliling saya (yang luar nampak padat pepat di luar tetapi sebenarnya lompong di dalam) di dalam blog ini. Menulis kisah keburukan rumahtangga orang bukanlah mengembirakan saya. Namun saya menulisnya atas dasar ada tauladan dan sempadannya. Kita bukan kambing, kita mengutip pengajaran daripada cerita orang di sekeliling.

Saya pernah dituduh anti perkahwinan, anti hidup bermasyarakat, anti anak muka tak comel dan macam-macam lagi. Saya tidak fikir saya anti perkahwinan hanya kerana saya tidak selesa menghadiri majlis perkahwinan. Saya tak fikir saya anti bermasyarakat kalau saya tak hadiri semua `open house' dan saya tak fikir saya anti anak muka tak comel hanya semata-mata saya tak cubit pipi anak-anak kawan saya yang tak berapa comel.

Saya tetap menganggap perkahwinan itu adalah suatu yang baik apabila kita jenis baik dan gitulah sebaliknya. Saya berharap semua manusia dapat jumpa cinta sejati dan berumahtangga (walaupun sebenarnya cinta sejati ibarat melihat hantu, maksud saya jarang sangat orang berjumpa hantu, he he he).

Namun saya tidak ambil pusing sangat mengenai fikiran longkang di sekeliling saya.

Kali ini saya akan membawa pembaca blog saya kepada kisah kawan lelaki saya (yang sepuluh tahun dahulu pernah menjadi pelajar saya). Saya bukannya nak sokong kawan saya (mentang-mentanglah dia kawan saya) namun sepuluh tahun bersahabat bermula status seorang pelajar hingga sudah bekerja dan beranak pinak, saya dapati dia seorang yang baik dan jujur. Payah nak cari lelaki jenis ini. Dia lebih bagus dari saya.

Semasa beliau seorang pelajar, beliau seorang yang rajin dan gigih. Berdisiplin dan ada pendirian tegas. Saya percaya dengan ciri yang dia ada, dia akan menjadi manusia yang maju dan cemerlang dalam hidup. Tetapi akhirnya tidak begitu... 

Ini smsnya:

"sy skrg tertekan dah. mertua sy nampak jea keburukn sy. keburukan anaknya mmng tk nampak tpi ape boleh buat anak dia kan? itulah kalau dudk dgn mertua. sy nasihatkan sape2 yg nk duduk dgn mertua cube2lah elak. sbb byk yg kita tk tahu apa akn jdi. setiap org ada ank tp bile ank dah berumahtangga spatutnya mrk tk blh msk campur dlm urusan rumh tangga ank2..."

Seperti biasa saya tidak banyak menasihati atau suruh dia bersabar. Namun dalam hati, kalau sayalah berada di tempatnya tahulah saya apa yang harus dibuat!. Namun saya tidak boleh suruh orang di sekeliling saya jadi macam saya sebab saya rasa saya juga teruk dan jenis suka ikut hati tapi praktika.

Saya bukan sempurna. Pemikiran saya mungkin hanya untuk saya.

Saya selalu fikir matlamat kehidupan adalah mencari kebahagian (kebahgiaan yang diredai). Dan kalau ada pihak yang merintanginya, tentanglah dengan apa cara sekalipun kerana kita wajib berusaha berbahagia. Tidak boleh duduk sahaja. Dan usaha mencari kebahagian ini punyalah payahnya.

Susah saya mahu menasihatinya kecuali segera cabut dari rumah mertuanya tersebut... Saya rasa itu saja jalan penyelesaiannya sebab saya tidak yakin apabila duduk berbincang ia akan jadi baik dan terkawal jauh sekali bertepuk tampar atau lompat tepuk bintang/lalat. Saya tau sangat sikap dan sifat orang Melayu kita.

Pindahlah cepat-cepat! itulah saranan saya tegas. Katalah saya ni bukan orang idealis ke, teruk ke. Tapi bagi saya itulah sebaiknya dan lagi cepat lagi baik!.

Jan: How many times do you need to be hurt... for you to you know it's time to let go...? Hah!!!


No comments:

.