Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, September 5, 2013

Asalamualaikum, kami datang nak raya!

"Asalamualaikum, kami datang nak raya!

Tiba-tiba saya terdengar suara beramai-ramai sekumpulan budak mengetuk sliding door saya. Saya yang ketika itu berada di ruang tamu rumah jadi gelabah. Terus saya melompat ke dalam bilik memakai seluar baju Melayu. Tadi saya hanya memakai baju Melayunya sahaja, he he he.

Memang kawasan quartes perumahan ini tidak berpagar-pagar. Hanya ada satu pagar besar yang memagari rumah-rumah di dalamnya. Dan untuk masuk ada jaga di hadapan pintu masuk. Jadi kejadian mengetuk sliding door pada musim raya adalah lumrah.

Sebaik sahaja saya membuka sliding door, meluru laju mereka masuk ke ruang tamu rumah teres saya. Saya tergamang giler. Mereka merayau ke sana sini. Terus ada yang duduk tercongok depan tv saya.

"Wah besarnya tv dan speaker Pak Cik". Luluh hati saya bila dengar nama panggilan saya disebut `pak cik', tua sangatkah saya? Huh!

Namun sedikit riak timbul bila mereka masuk terus memuji tv dan alatan home teater saya. Budak-budak memujinya ikhlas... Saya memang beli khas speaker besar supaya dapat dengar lagu Datuk Sharifah Aini dengan merdunya. Seperti suara Kak Pah terconggok bersila depan saya menyanyi.

Dan selepas itu saya yang masih berdiri terkejut melihat tiga orang budak lelaki terloncat-loncat riang atas sofa kesayangan saya. Harganya ribuan (dan masih tak habis bayar ansuran lagi...saya berhutang sebenarnya, he he. Malu rasa).

Melihat budak-budak yang saya tak kenali tersebut meloncat riang di atas sofa. Saya panik. Demi allah saya panik seketika. Macam mana nak buat ni yea? Saya pula tidak pandai nak marah-marah. Saya specis penyayang gitu...(angkat bakul ni, puji diri sendiri, he he he).

" Turun-turun-turun, mari sini ambil duit raya ni". Saya mengeluarkan duit raya dari baju Melayu saya sebagai umpan mereka turun dari sofa. Mereka terus terjun turun dan ikuti saya. sedar-sedar mereka sudah ada di luar rumah. he hehe. "Lepas tu kau orang bersurai ya, makanan  dan biskut tak ada" Kata saya spontan. Teruk kan saya?. He he he. Memang.

Sebenarnya ada biskut tetapi saya bercadang nak makan sambil tengok tv, he he he. Biskut raya tersebut kakak dan adik saya yang bekalkan.

Setelah bersalam dan saya memberikan duit raya, saki baki mereka  keluar dari rumah saya. Saya perhatikan dari sliding door mereka terus mengoyakan sampul duit raya dan simpan duit raya dalam saku masing-masing. Bersepah sampul duit raya dekat kereta myvi saya.

Tadi saya bilang ada seramai 16 orang yang datang. banyak yang saya tak kenal anak siapa, kecuali muka yang sebijik photostep dari ibubapa mereka. Saya kenal.

Setelah menutup pintu sliding door saya ke dapur buat air nescafee dan kemaskan rumah. Sebenarnya saya baru sahaja sampai dari balik bercuti raya. Saya akan mula bekerja kesesokan harinya. 

10 minit kemudian saya terdengar lagi ""Asalamualaikum, kami datang nak raya!.

Saya terus ketakutan sambil melihat laci-laci dan pasu-pasu saya yang mungkin pecah!

Jan: He he he

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home