"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, September 30, 2013

Siapa kata bahasa Melayu miskin?

Kali ini saya akan bawak para pembaca blog saya kepada penggunaan bahasa Malaysia yang betul (yang saya rasa saya gunakan dengan betul, he he he), kalau salah tolong ajarkan. Kita berhenti seketika cerita pasal Mat Yo sebab kisah sebegitu sebenarnya dah banyak yang terjadi, berlambak. Saya yakin ada ratusan ribu lagi lelaki yang seperti Mat Yo... dan isterinya.

1. Dentam

Berdentam bunyi pintu bilik ditutup dengan kuatnya. Rohaya merajuk sebab emaknya tidak mengizinkan dia ada `boyfriend' kerana dia baru darjah tiga.

* bunyi mercun dibakar juga boleh kita rujuk kepada bunyi `dentam')

2. Denting

Duit syiling yang dikumpul oleh Kumala jatuh berdentingan ke lantai. Dia mengorek tabungnya sebab mahu beli ipad. kawan-kawabn dia semua memiliki ipad.

3. Dentum

Kelihatan beberapa orang Melaka terberak cair apabila mendengar dentuman meriam dari pihak Partugis. Mereka tidak pernah melihat senjata bulat tapi tajam...Haaa...

4. Dentur

Dentur kentut Kamaril tiba-tiba terdengar dalam dewan kuliah. Semua pelajar tergelak sakan (seolah mereka tak pernah terkentut sepanjang hidup).

5. Dentung

"Para penari kebudayaan diminta menari dengan telili mengikut rentak dentungan gendang yang akan dipalu." Kata Pak Samad selaku biro tari seni Melayu.

6. Dentang

Berdentang-dentang bunyi besi dipukul. Ia menyeramkan lagi suasana malam yang sunyi...selisih malaikat 44. 



Saya selalu menganggap bahasa Melayu adalah sukar dan berada pada tahap yang tinggi. Saya tidak suka orang memperlekehkan bahasa Melayu, ia sangat halus dan bukan main-main. Saya tahu saya tidak menulis dalam bahasa Melayu yang sempurna di dalam blog ini. 

Jan: akui sukar menulis bahasa Melayu pada tahap bahasa tinggi sebab saya tidak mampu.


Jan: Kalau salah tolong ajarkan...saya budak baru belajar...

No comments:

.