"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, September 23, 2013

Orghe kito

Negeri Kelantan


Saya bukan orang Kelantan, saya dilahirkan di Besut (Terengganu) bersempadan dengan negeri Kelantan. Pun begitu secara sosio-budayanya, saya diterima baik oleh orang Kelantan. Ramai orang di Besut mempunyai saudara mara yang berasal dari Kelantan. 

Orang Kelantan tidak asing bagi saya, ada adik beradik saya ada yang berkahwin dengan orang Kelantan. Asal usul keluarga ayah saya juga dari Kelantan. Keluarga belah ayah saya banyak yang tinggal di Bukit Abal. Kata ayah saya kalau turun pagi hari dan singgah di rumah-rumah saudara mara di Bukit Abal, hingga lewat petang masih tidak habis lagi rumah saudara-mara yang harus disinggah. Begitu juga ayah saya kata saya mempunyai saudara di Pengkalan Chepa. Namun penulisan saya kali ini bukan mengenai saya tetapi antara sikap orang Kelantan yang saya sempat perhatikan...

Apabila saya berada atau bekerja di luar Terengganu dan memperkenalkan diri saya sebagai orang Besut, Terengganu, mereka (orang  Kelantan) akan berkata "Ni orghe kito jugok". Mereka terus menerima saya seolah kami sudah berkawan selama 20 tahun, he he he. Malah mereka mendakap saya dengan mesra!

Sikap parokial ini sangat menebal. Semangat Kekelantanan dan kedaerahan orang Kelantan sangat ketara. Teringat saya semasa muda dahulu semasa saya menuntut di UM, seorang kawan perempuan saya memberitahu bahawa beliau merasa rimas kerana `dikawal' oleh kawan-kawan lelakinya yang berasal dari Kelantan. Saya beritahu itu adalah suatu yang positif kerana mereka mahu memelihara dan menjaga maruh dan keselamatnnya dalam pergaulan. Tidak payah berbayar pula, he he he. Ada pengawal peribadi.

Semasa di UM dahulu, ramai kawan saya terdiri daripada orang Kelantan. Saya tinggal di Asrama Seksyen 17, yang terkenal dengan jolokan Asrama Kelantan, he he he.

Saya dapati orang Kelantan di tempat saya bekerja pun begitu. Mereka ini adalah kawan-kawan baik saya yang saya hargai sangat-sangat. Pernah saya terlantar sakit lemah longlai, letih lesu, bernyawa tapi tak bermaya, merekalah yang menghantar makanan ke rumah. Dan sebenarnya kalau tidak sakit pun mereka hantar juga makanan, he he he. Mereka nampak teroganisasi dan `geng' gitu. Mereka  nampak gembira, berkumpul dan menolong antara satu sama lain. Ia begitu ketara sekali. 

Walaupun baru kenal orang Kelantan akan diterima `masuk' dalam kumpulan dengan mudah. Bak saya kata tadi seolah sudah 20 tahun saling mengenali. Bertempuk tampar.

Mungkin atas sikap dan sifat tersebut mereka berjaya apabila berada di mana-mana sahaja. Dan saya dapati mereka ada di mana-mana sahaja. Mereka mencipta `network' mereka sendiri, saling membantu. Network yang tidak rasmi ini sebenarnya membantu kerja-kerja rasmi mereka dengan cemerlangnya di alam pekerjaan. Kalau orang tidak memahami sosio-budaya mereka orang akan cop perilaku mereka berpuak-puak. 

Di mana-mana mereka berada mereka bersatu bak keluarga, saling mengambil berat, berkawan sampai ke rumah, bukan setakat `berkawan sampai ke tangga rumah jea'. Siap mereka nak kenal datuk nenek kita. Saya tidak tahu dari mana datangnya `naluri ini, (mungkinkah dari budu?, he he he). Dan tidak dapat pula saya lihat sifat sebegini pada orang dari negeri-negeri lain....

Jan: Haaa....

2 comments:

jema said...

Saya bangga dengan penulisan ini,dan ternyata banyak penulisan dain,dari pelbagai sumber yang senada dengan penulisan ini.
Alhamdulilah.

sukiman said...

tima kasih jema

.