"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, September 10, 2013

Review sikit: The Conjuring (2013)




Pada pendapat saya, filem `The Conjuring' jauh berganda lebih baik daripada filem `Mama'. Filem Mama adalah satu kekecewaan, jalan ceritanya bagus (ada cerita dan berbeza dengan cerita seram yang lain) tetapi dibunuh oleh kesan khas komputer yang kasar dan akhirnya hasilnya tidak menyeramkan.

Saya berpeluang ke panggung untuk melihat filem ini. Semasa membeli tiket, saya bernasib baik sebab hanya ada dua tempat duduk sahaja. Wah! walaupun sudah berminggu ditayangkan, ia masih mendapat sambutan hangat.

Filem ini adalah filem yang didakwa berdasarkan kisah benar. Berdasarkan kisah sepasang demonologist (penghalau hantu) yang membantu sebuah keluarga di mana rumah mereka berhantu. Walaupun sebelum ini banyak juga kisah rumah yang berhantu tetapi dalam filem The Conjuring ia tetap menyeramkan. Ini mungkin kerana ia digarap secara terperinci dan rapi. Contohnya hantu yang muncul di atas almari (trend hantu sekarang) benar-benar menyeramkan saya. Mungkin keseraman tersebut dibantu oleh watak dan bunyi muzik yang meresahkan.

Cerita bermula dengan kehadiran sebuah keluarga berpindah ke rumah baru yang dibeli mereka melalui lelongan bank. Ianya plot biasalah di mana mereka menyesuaikan diri dengan rumah baru dan lama-kelamaan berlaku kejadian aneh pada lima anak perempuannya.

Dan keseraman semakin memuncak apabila terjumpanya bilik bawah tanah.

Sebenarnya selain melihat ciri keseramannya, sebuah filem seram juga boleh diukur melalui lakonan pelakon melalui tonasi dan gerak mimik muka. Begitu juga dengan teknik kamera yang mengspespenkan dan buat kita berdebar giler dan last-last terkejut (atau dalam beberapa adengan last-last tak ada apa pun, he heh ).

Lili Taylor jadi ibu, lakonan dia berkesan, dia pernah berlakon dalam cerita The Haunting (1999)  juga pasal rumah berhantu.

Adengan `main tutup mata' juga menyeramkan saya. Ibunya tutup mata dan meraba mencari anak-anaknya yang tersembunyi. Dan kita boleh agak nanti ibunya akan terjumpa `orang lain' iaitu bukan anaknya. Namun kita tetap seram apabila ibunya membuka almari baju untuk mencari anaknya yang bersembunyi. Selisih malaikat 44, seram saya.

Sebenarnya apabila melihat filem seram mengenai rumah berhantu, ceritanya sama sahaja di mana paderi akan diusahakan datang untuk merawat rasukan. Dan adalah lebih menyeramkan jika hantu tidak dibuat dengan jelas dalam bentuk fizikal kerana hantu adalah dalam bentuk entiti. Saya tetap takut melihat cerita ini walaupun ada adengan saya sudah dapat jangkakan.

Filem ini dihasilkan oleh pengarah Australia  (kelahiran Malasysia), beliau juga yang buat filem `Insidious' (2011). Walaupun filem ini masih tidak dapat mengalahkan keseraman filem Exorcist (1973), ia tetap boleh dibanggakan. Saya tertarik dengan rumah yang besar dan menyeramkan tersebut.

Saya beri empat bintang!

jan: Peminat filem seram wajib nonton cerita ini...He he.

No comments:

.