"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, September 11, 2013

Gazebo kecil saya

Sebelum pilihan raya nan lalu, selepas saya balik bertandang daripada rumah Datuk Sabri di Setiu, saya semakin galak berangan mahu miliki gazebo/pondok di laman saya yang tak berapa taman tersebut. 

Taman di rumah Datuk Sabri cantik, rumah besar bagai istana dan saya yakin gazebo-gazebonya berharga ratusan ribu ringgit.

Lori kecil membawak bahan-bahan nak buat pondok kecil saya
Saya mahu miliki pondok kecil sahaja kerana selain tidak mampu beli yang besar, tanah laman sisi rumah saya tidaklah besar mana. Bimbang nanti `mahal pagar dari rumah' atau `mahal tali dari beruk.' atau `sayang kereta dari bini".

Namun elok juga ada pondok kecil di tepi laman. Menambahkan nilai hartanah. Mak saya juga ada menyebut alangkah elok kalau ada pondok kecil di taman saya yang tak seberapa taman tersebut. Terus hati saya berdebar.


Bahan-bahan atas lori

Impian untuk membeli gazebo semakin memuncak apabila saya baca Majalah Laman yang menyatakan kononnya tidak semestinya orang kaya sahaja yang boleh miliki gazebo ini. Maknanya orang yang tak kaya (saya la tu, he he he) pun boleh milikinya. Saya semakin bersemangat.



Tanah lapang ini elok ada pondok kecil, taklah mata fokus ke belakang rumah jiran jea...

Setelah saya membeli pondok kecil ini, ramai juga kawan-kawan saya memperli saya banyak duit dan hidup bujang tentu banyak duit dan sebagainya. Termasuklah buat apa beli sebab rumah saya itu rumah singgah, bukan duduk menetap. Hakikatnya saya bukannya jenis orang yang banyak duit pun tetapi membelinya kerana minat yang mendalam.

Atap gentingnya...
Saya sangat gembira apabila lori datang. Sangat gembira bila mereka angkut barang-barang tersebut. Sangat gembira sekali sebab angan-angan sejak darjah lima baru tercapai...he he he.


Saya beritahu pekerja tidak perlu mereka tergesa-gesa. Sebenarnya saya tak nak tukang pasang kerja cakdus kerana bimbang hilang seninya. Bimbang tak elok hasil pembuatnnya nanti.



Saya mengambil masa yang lama juga untuk memaparkan kisah saya beli pondok kecil ini dalam blog saya. Saya tidak berniat untuk berbangga diri, cuma mahu menunjuk kalau-kalau boleh dibuat idea bagi orang lain hiasi taman mereka, haaa...





Pondok kecil ini dibuat daripada kayu cengal. Katanya tahan lama. Pondok ini ala kampung sikit. Ala tradisional dan ada ukiran-ukiran sikit.


Saya tahu saya mungkin jarang dapat bersantai duduk di pondok kecil ini. Hidup saya sangat sibuk. Tapi tak apalah ia buat santapan mata dan jiwa saya. Sekarang saya semakin galak nak pulang ke rumah saya, nak lihat taman saya ni. Nak lihat pondok kecil.


Saya dapati susah juga mahu bina pondok ini. Dua orang pak cik ini ambil masa  tiga hari untuk siapkannya. Tetapi saya tak mahu mereka tergesa-gesa. Saya tak ke mana.





Kelihatan juga pokok brazilian ironwood yg mati tak mahu hidup segan tu, heheh

Jan: Bersambung...

1 comment:

aima said...

x sabar nak tengok hasilnya...umoh abg jan ni kat IS kan...nak p tengok aaa..cer bg no rumah ngan no jalan.....khee...

.