"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, September 16, 2013

Tabiat orang kaya vs tabiat orang `ala-ala' kaya...

Daripada pengalaman pergaulan saya, saya mendapati kawan-kawan saya yang `berada' atau kaya tidak menunjukan kemewahan mereka secara terangan. Malah boleh saya katakan mereka tidak nampak teruja oleh kemewahan hidup. Mereka hidup sekadarnya sahaja, ada yang membeli pakaian yang `biasa-biasa' sahaja.

Dan apa yang saya perhatikan apabila mereka membeli atau mendapatkan sesuatu yang melambangkan kemewahan, mereka tidak mewar-warkan atau mencanangkannya di blog atau FB. Itu resmi mereka.

Maka dapat saya simpulan sikap mahu menunjuk-nunjuk ini biasanya datang daripada golongan yang tidak kaya atau tidak berapa `berada' atau `ala-ala' sahaja keberadaannya. Apabila kawan-kawan saya yang tidak kaya ini menunjuk-nunjuk, saya memujinya dan buat-buat minat, teruja dan kagum. He he he, jahat saya kan?

Namun penulisan saya kali ini bukannya mahu menunjukan atau menerangkan perihal kejahatan saya. Lagipun manalah ada manusia di muka bumi ini yang tidak `bermuka-muka' kan? Pendek cerita penulisan ini mengenai tabiat baik orang kaya.

Kalau Tan Sri P Ramlee banyak membikin filem mengenai keburukan golongan bangsawan atau orang kaya, saya mahu membikin filem mengenai betapa jahat dan buruknya perangai orang yang tidak kaya. Cerita mengenai betapa hina dan buruknya sikap tamak orang tidak kaya menumpang harta dan kedudukan orang kaya. He he he. Jahat saya kan?

Saya dapati orang kaya akan merasa `biasa-biasa' sahaja apabila memiliki barang mewah atau besar. Contohnya mereka memiliki kerata yang banyak dan mewah. Mereka tidak hairan akan kepada kereta tersebut kerana itu adalah suatu yang biasa, mereka mampu. Sama seperti kita membeli nasi makan tengahari. Mereka benar-benmar menggunakan kereta tersebut sebagai keperluan mereka. Atau malam-malam hari mereka pandu laju-laju di jalanraya, agar orang tidak nampak. Itu cara mereka lepas gian kot. He he he. Mereka tidak riak. Lain pula dengan gelagat mangkuk hayun golongan orang yang `ala-ala' kaya ini. Mereka, apabila memiliki rumah besar atau kereta besar (kecuali bini besar) mereka akan cenderung mahu kelihatan bergaya dan menjadikan kereta/rumah/barang sebagai lambang prestage mereka. Ini tidak menghairankan kerana barang mewah/besar itu sebenarnya menjadi nilai tambah kepada penampilan orang yang `tidak kaya' ini.

Mereka akan pecut kereta dengan lajunya pada siang hari, di tempat ramai orang...

Jan: He he he. Jangan marah kalau terasa...

Kak Op orang kaya, tapi nampak macam orang biasa jea... tak pakai rantai emas berliang pun






2 comments:

Adie Achim said...

Kak Op bawa bekal untuk lunch tau!

p.s: Selesai membaca entri secara marathon.

azr said...

hahaha

.