"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, September 25, 2013

Kisah Wanita dan pemilihan parti UMNO

Secara peribadi, atas faktor demokrasi dan konteversi, saya menyokong sebarang tindakan untuk mencabar kedudukan Kak Shah, sebabnya saya percaya ramai Wanita Umno yang layak. Wanita Umno bukan ada Kak Shah sahaja, mereka ada Kak Raihan Sulaiman Palastin dan juga Kak Nah (Datuk Maznah). 

Kalau di Jepun, menteri yang terlibat dengan skandal dan konterversi akan meletakan jawatan tetapi lain pula keadaan di Malaysia. Bak langit dengan bumi, bak kelab disko dengan surau. Di Malaysia kalau ada para pemimpin yang terlibat, walaupun masih tidak dapat dibuktikan (atau dalam beberapa kes telah terbukti ) mereka tetap diterima pakai dalam parti. Dan unsur inilah yang membuatkan ada kemungkinanya ahli parti bertaraf biasa atau wargananegara (yang sebenarnya bukan ahli parti mana-mana pun) memandang jelek kepada Umno. 

Pihak yang `biasa-biasa' ini ramai, mereka tidak berada di dalam parti tetapi mereka membuang undi, haaa...

Tentulah Kak Shah mempunyai sebab yang tersendiri untuk terus bertanding. Dan kata Kak Shah dia tak kisah pun. Dan semua orang juga tahu Kak Shah bukan sahaja kuat bekerja untuk pembangunan ekonomi wanita, malah tidak duduk diam untuk mencari idea membangunkan wanita supaya diadili dan bukan dipandang kelemahan gender. Pendek kata Kak Shah kuat kerja dan buat kerja,... cuma apabila ada pencabarnya menggunakan alasan `pembersihan' maka kita yang tak pandai politik ini juga tahu apa maksud pembersihan tersebut. Mereka nak `bersihkan Wanita Umno daripada rasuh dan sebagainya yang tidak adil, yang jelek dan yang buruk.

(Kita teringat pada kisah (skandal?) Pusat Fidlot Nasional (NFC) di mana Kak Shah dikaitkan dengan konterversi apabila projek dikatakan diserahkan kepada keluarganya.). Rasanya baru minggu lepas bekas setiausaha politik Kak Shah di panggil oleh SPRM, namun apakah impak apabila `dipanggil' oleh SPRM? Dan adakah faktor panggilan tersebut boleh menggugat Kak Shah? Jawapannya adalah atas undian-undian nanti.

Jan: Jangan kata politik dalam Wanita Umno tidak penting, merekalah yang menjadi tulang belakang memenangkan BN dalam PRU 13 yang lalu.





No comments:

.