"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, September 12, 2013

Lee Kuan Yew dan Soekarno berjaya!



Sering kali juga saya berpeluang menghadiri seminar, simpo dan mesyuarat yang dikenadalikan 100% dalam bahasa inggeris yang mana pada hemat  saya tidak perlu pun diadakan dalam bahasa inggeris. banyak sebabnya antaranya... Antaranya ialah semua ahli atu anggota adalah 100% rakyat Malaysia. Dan sepatutnya juga seminar sebegitu penting dan besar dijadikan satu penanda aras ketamaduanan bangsa apabila dijalankan dalam bahasa Malaysia. Tetapi ini tidak terjadi. Selamat datang ke Malaysia.

Begitu juga di luar negara, khabarnya rakyat Malaysia suka berbahasa inggeris di sana walaupun sesama mereka apabila minum kopi. Mereka mungkin berbincang mengenai kepentingan bahasa Malaysia dengan menggunakan bahasa inggeris! Tidak kah ia merupakan suatu ironi? He he he.

Sekarang kedudukan bahasa Melayu bagaikan perilaku seolah seorang pelacur tua yang berusaha keras mencantikan diri (kerana mereka tiada pencen atau KWSP). Maksud saya usaha yang tidak meninggalkan kesan besar. Secara langsung dan tidak langsung. He he he.

Walaubagaimanapun penekanan penggunaan bahasa Malaysia boleh dilaksanakan. Perlu diubah kerana bahasa jiwa bangsa. Sekarang sudah ternampak kegagalan kita membentuk Bangsa Malaysia akibat kegagalan kita mendaulatkan bahasa Malaysia. Rakyat Malasyia mestilah menggunakan/mengetahui bahasa Malaysia. Kalau tidak intergrasi antara kaum menjadi basi. Haaa...

Kalau kaum bukan Melayu tak fasih bahasa Malaysia, kita marap pulak. Pelik.

Dalam hal ini Singapura dan Indonesia boleh dicontohi. Mereka membentuk bangsa mereka melalui bahasa. Walaupun Lee menggunakan bahasa inggeris tetapi itulah bahasa penyatuan mereka. Begitu juga dengan Bung Soekarno. Mereka berjaya!

Jan

Pak Tua pelihara angsa,
Berenang angsa di tepi paya;
Bahasa itu itipati bangsa,
Untuk wujud Malaysia berjaya.

1 comment:

Anonymous said...

'bagaikan perilaku seolah seorang pelacur tua yang berusaha keras mencantikan diri' haha. Sesuai gak peribahasa bru ni.. Yup, sy stuju yg indonesia brjaya mnyatukn bangsa mereka mlalui bahasa. Agak kecewa malaysia tidak seperti itu. Bg sy punca utamanya adalah pengasingan dr awal - wujudnya trlalu byk aliran sekolah jenis kebangsaan. Tidak mengapa utk mpelajari bahasa2 lain, tapi biarlah ia dijadikan subjek pilihan di dlm satu sekolah shj. Just my 2 cents. :) sy benci racism.

.