"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, December 1, 2012

Skyfall: Kisah M bukan kisah James Bond!...

Bersama dua orang anak saudara, saya berpeluang menonton Skyfall di ECM, Kuantan. Saya adalah antara jutaan peminat filem James Bond yang teruja pada setiap kali filem Bond menjengah pawagam. Filem bond kali ini banyak keistimewaannya, banyak perbezaannya dengan cerita terdahulu.

Paling istimewa adalah cerita berkisarkan kisah M, bukannya lagi kisah James Bond. Pada mulanya saya rasa pelik namun mungkin sampai masanya ia harus berubah dan memberi kelainan. Kalau boleh jadikan kelainan pula sebagai kebiasaan. Haaa...kalau hari-hari makan kari tentu tak best. Begitu juga kalau kita mempersembahkan diri kita dengan cara yang sama sahaja, tentu suami/isteri kita akan boring...

Namun posting kali ini bukannya pasal masakan kari atau hubungan seksual suami isteri yang mesti dipertingkatkan/diperhangatkan tetapi ianya mengenai kelainan filem James Bond yang terkini. Iaitu kisah M.


M

Sebelum ini M selalu jadi watak penempel sana sini sibuk menguruskan misi/kerja James Bond. Kesian James Bond asyik kena marah sahaja oleh perempuan tua ini. Kita lebih tertumpu watak James Bond yang penuh aksi, kereta yang seksi, plot cerita yang ditegangkan dan gadis bond yang hampir separuh bogel. Namun kali ini barulah kita tahu yang James Bondlah yang sebenarnya `hidup' dalam dunia M. Mlah yang sebenarnya memikul tanggungjawab keselamatan negara. 

Susah jadi M ni, dia melatih James Bond dan menguruskan James Bond-James bond. Kalau tak silap saya dalam filem James bond inilah pertama kali watak M dipegang oleh wanita, dulu watak M selalu dipegang oleh lelaki. 

Mendiang  M ini jenis orang yang terancang, tegas buat pendirian dan cekap, bukan macam kita yang tergagap-gagap buat keputusan. Contohnya, bila pelayan tanya nak makan apa?. Barulah kita sibok belek menu padahal dalam perjalanan tadi tak fikir dulu. Huh!.

Dalam cerita Skyfall ini M akhirnya mati tergolek dipangkuan James bond. Lalu James Bond menangis hiba, he he he. Ada ke James Bond menangis. Kalau nenek saya masih hidup tentu dia marah, dia tidak dapat terima...

Dia menangis sebab sedih...M sudah meninggal...

Jan: `|S' juga sudah meninggal... sudah lama mati setelah `half alive'...(pulop doh)


No comments:

.