"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, December 17, 2012

Pabila saya tersinggung...


Dua minggu lepas saya ke Sogo, Kuala Lumpur, ada `sales'!. Banyak baju yang berjenama dijual dengan harga yang murah.  Saya sangat gembira sebab saya bukanlah jenis beli baju setiap bulan, bila ada `sale',  ianya harapan untuk saya merasa baju yang berjenama yang berharga murah. 

Pada masa tersebut memang saya nak beli baju kerja.

Namun untuk mencari saiz yang sesuai amat payah. Yang di`sale' tersebut hanyalah bersaiz kecil...atau terlalu besar. Huh!. Sekoyang-koyang saya ternampak ada kemeja yang bersaiz XL, apa lagi terus saya ambil 4 helai dengan warna yang berbeza. Tiba-tiba...

Tiba-tiba:

"Pak cik, yang bersaiz XL tu jenis `slim fit', rasanya tak muat dengan pak cik". Kata jurujual muda itu dengan muka tak bersalah (memang tak bersalah pun sebab dia ikhlas).

Saya terus letak balik keempat-empat baju tersebut, tanpa menoleh ke arah budak ikhlas tersebut saya terus berlalu dengan muka yang masam. Saya terus naik tangga bergerak ke tempat jual makanan...saya oder makanan!

Jan: Huh!

4 comments:

Adie Achim said...

Saya sangat suka jurujual yang sebegini (berani memberi pendapat) mungkin dia ikhlas tetapi kekadang ayat/intonasi/riak wajah kurang sesuai mbuatkan hati tersinggung. Selalunya kalau berhadapan dengan situasi ini saya akan pergunakan org tersebut utk tolong carikan manay yang sesuai atau dalam kes abg Jan y not bagi sia tugasan mencari saiz yg sesuai. BAarulah Sesuayyy..

sukiman said...

memang dia ikhlas sebenarnya bimbang saya rugi bila beli tak boleh pakai...he he he

semakin sensitif nampaknya saya ni, he

Eja said...

Sian pakcik suki...terus berlalu pergi..cer budak tu panggil abg suki..sure smgt cari saiz lain kan.. hehehe

amilia said...

Sepatutnya dia tak cakap macamtu, kan ke lebih elok kalau dia cakap "abg boleh try dulu kat fitting room, boleh cuba beberapa size, tgk yang mana sesuai sebab kadang-kadang lain design lain cutting dia ;).... jangan jangan size M ni pun sesuai....cuba dulu...

:))

.