Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, December 2, 2012

Harapan seorang pak saudara...


 Tahun depan mereka naik tingkatan 4

Azlan anak sulung kakak saya, Najib pula anak sulung lelaki adik saya. Kakaknya sedang belajar di Mesir, saya harap najib akan ikut jejak kakaknya. Begitu juga Azlan. Nanti senanglah saya ke luar negara melawat mereka.

 Budak lelaki lambat matang berbanding budak perempuan (bukan semua), saya harap budak dua orang ini cepat matang dan cepat buat benda yang berfaedah. Jangan lalai.
 
 Kalau kita lalai walau sesaat ia akan menjejaskan kehidupan di kemudian hari. Tidak saya melarang mereka berseronok asal tahu akan batasannya.

 Bagi pelajar yang lalai tingkatan empat dijadikan `bulan madu', dan tingkatan lima barulah nak belajar. Saya sudah berpesan kepada mereka belajar dengan rajin di tingkatan empat lagi.

Hidup ini paling penting bernilai ialah keluarga. Kita  harus membahagiakan keluarga. Bila kita berjaya keluarga kita akan bahagia.

Kami bukanlah keluarga yang berada. Cukup makan sahaja. Saya harap mereka berdua sedar akan keadaan ini kerana ilmulah yang paling utama. menjadi payung waktu susah, menjadi perhiasan waktu senang. 

Mereka belajar di zaman senang, tidak seperti saya yang berjalan berbatu-batu hendak ke kelas tuisyen...Dulu saya dan kawan baik saya Hasnah, belajar rajin-rajin. Kami tau kami orang susah.

Akhir kata, saya harap dua oarang anak saudara saya ini jadi orang yang berguna di dunia dan bersinar di akhirat. Amin.


2 comments:

Adie Achim said...

Semasa bujang saya merupakan uncle yang paling disukai. Semua menyebut nama saya. Dana tumpuan tempat semasa mereka bercuti adalah ke tempat saya. Saya pula jenis memanjakan anak buah. Mungkin nak impress kaka2 dan abang2 apa jua yang mereka hajati sedaya upaya saya akan cuba tunaikan walaupun terpaksa guna kad plastik :)

Jankaulu said...

Ya allah kita sama rupanya...

saya pun gunakan kad plastik, he hehe

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home