Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, July 26, 2011

Prihal jogging...




Petang semalam saya sampai lewat di treak jogging. Sebenarnya saya memang terlupa yang saya berjanji dengan rakan-rakan lain untuk berjogging...he he. Memang petang sebelumnya kami galak berbicara hal menjaga kesihatan dan nak turunkan berat badan. Kami berpendapat sebelum ramadhan eloklah berjogging dulu biar kesannya lebih nyata, dan di bulan ramadhan kami juga akan terus berjogging. Gitulah apa yang kami rancangkan. Biar hari raya ni nampak terbentuk sikit.

Saya memang lewat kerana saya terlupa, dan kelewatan tersebut menjadi makin lewat apabila saya `ditahan' oleh pelajar di tempat parking kereta semasa mahu pulang selepas makan di bilik kawan saya. Pelajar berbangsa cina tersebut membuka bonet keretanya dan memberikan 6 biji durian Segamat. Katanya makanlah sir, manis dan sedap. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana merasa juga durian Segamat walaupun dah empat tahun lokasi tempat saya tinggal berdekatan Segamat. (Malamnya memang saya makan, ya allah bestnya, ya allah panasnya badan...).

Tetapi posting ini bukannya pasal durian atau asal-usul daerah Segamat, ia mengenai kegiatan jogging. Dah lama sangat tak berjogging ni. Sampai di trek, dari jauh saya nampak kawan-kawan saya terkial-kial, hinjut-hinjut. Rupanya mereka tengah `panas'kan badan. Lucu jugak cara mereka panaskan badan, nampak macam orang tak betul, terencat. Sebaik sahaja saya datang terus kami berjogging... He he he, sebenarnya bukan kami, mereka...

Saya beritahu kawan-kawan yang saya tidak boleh berjogging sebab saya baru sahaja makan daging dan roti di bilik kawan saya (sebab tengahari saya tak makan, ada pelajar nak jumpa pasal nak buat kertas kerja). Dan sebenarnya tengah makan tersebutlah mereka kol saya dan beritahu semua kawan-kawan dah menunggu di padang...! Terus saya meloncat keluar dari bilik, terus balik ke rumah tukar pakaian dan berkereta laju (70Km sejam) ke treak tersebut...

Kata orang kalau kita baru sahaja makan, kita tidak boleh bersenam apatahlagi berjogging sebab perut kita kan `bentan'. Bentan ni kira perut akan keras dan tak selesa... Pun begitu untuk mengambil hati rakan seperjogingan, saya adalah buat aktiviti ala jogging, kira hanya 1/4 treak juga... Manakala mereka terus berjogging dengan giatnya seolah itik dapat air, hairan sungguh!. Saya ketinggalan di belakang...

Saya perhatikan dari jauh sahaja, saya berjalan-jalan saja atas treak. Bila waktu berehat, kebanyakan akan buat gaya letih dan lesu (kononnya). Ada yang mendepakan tangan, ada yang duduk dan cuba capaikan tangan ke kaki...tapi tak sampai sebab ada `penahan' (perut).

Selepas itu kami terus ke CRK (tempat gerai makan). Pada mulanya saya nak oder rojak tapi saya batalkannya sebab tiba-tiba saya ingat saya dah makan daging rendang dan roti. Saya oder nenas ais sahaja. Kawan-kawan saya juga oder minuman sahaja walaupun ada usaha seorang rakan saya nak oder goreng pisang tetapi ditentang hebat oleh kawan-kawan lain. Kononnya goreng pisang berminyak! Tak baik untuk kesihatan.

Namun pada hari kedua, apabila balik daripada jogging kami oder kerepok lekor goreng, karipap pun ada. Saya rasa hari ketiga nanti kami akan oder rojak atau mee kari. Atau nasi lemak...

Jan: He he he...

1 comment:

tUn_PeTiMaH said...

Hahaha...senaman perut rupernya...kihkihkih, sabo jerk ler... = )

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home