"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, July 29, 2011

Sharifah Aini - Kenangan Lela Manja




Ini adalah antara CD Kak Pah yang terbaik saya miliki, saya amat sayangi. CD ini mempunyai lagu-lagu Melayu asli yang `asli'. Maksud saya ianya bukan lagu etnik atau pop etnik atau irama Malaysia. Bagi saya ia Muzik Melayu asli seaslinya yang menggunakan alatan muzik tradisional. Ada lagu yang jarang sangat telinga kita mendengarnya. Gesekan biola oleh Hamzah Dolmat, memang terangkat! Gesekan biola yang gemersik dan alunan merdu suara Kak Pah menghasilkan lagu yang berkualiti.

Andainya saya menerima tawaran daripada ketua jabatan untuk melanjutkan pelajaran PHD, saya akan bawa CD ini ke India (tetapi saya tolak). Dan apabila ada orang sana tanya `bagaimana rupa' muzik Melayu Asli kita, saya akan jawab " liseng todis CD " (terjemahan = dengar lagu dari CD ini).

Saya pernah pasang CD ini semasa saya berMyvi dengan anak saudara saya di bandar Kuantan. Anak saudara saya beritahu lagu-lagu dalam CD Kenangan Lela Manja ini boleh buat kereta yang dipandu `acideng' (terjemaham = kemalangan), he he he. Huh!, remaja memang begitu, namun suatu hari nanti bila dia besar saya yakin dia akan mencari jati diri dan akar lagu-lagu Melayu kita.

lagu-lagu dalam CD ini;

01. LELA MANJA
02. RATAPAN KAMARULZAMAN
03. SERAMPANG LAUT
04. PASIR ROBOH
05. SRI TAMBAK
06. SERI SERAWAK
07. DODOI SI DODOI
08. MEGA MENDUNG
09. BENTAN TELANI
10. GAMBUS PALEMBANG
11. DAMAKKU SAYANG
12. PATAH HATI13. HALIMUN MALAM
14. SRI ANDALAS
15. KENANG DAKU DALAM DOAMU
16. SITI PAYUNG
17. SRI BANANG
18. MAK INANG PULAU KAMPAI
19. KASIHNYA IBU
20. SATRIA ABADI

Sebenarnya CD ini adalah edaran semula. Pertama kali ia diterbitkan semasa saya umur 9 tahun (darjah 3). Pada asalnya ia hanya ada 11 lagu sahaja, bukannya 20 lagu. Dan Cd ini diedarkan semula semasa saya di tahun akhir di Universiti Malaya. Dan setelah saya meraikan 15 tahun kerjaya saya dalam dunia pendidikan, leni pah 3o taun ada semular kedai!, (terjemahan = Now after 30 years, it hits the market again!).

Jangan bimbang tentang mutu bunyi lagu-lagu ni sebab ia digital remasterkan di Jerman!. Khas buat peminat setia Kak Pah dan peminat muzik asli/tradisional Melayu.

CD ini saya sambar di Giant, selepas saya makan KFC (senak pelit). Saya merayau sendirian dan masuk ke kedai CD. Saya terperanjat melihat Cd ini, terus sambar dan terus menuju ke awek di kaunter.

Lagu yang paling saya minat? Banyak lagu yang saya minat tapi pastilah lagu `patah hati...' trak no 12.

Jan: saya mendengarnya sambil bawak kereta sambil menahan sebak di dada sambil menatang cinta yang berderai...

No comments:

.