"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, July 1, 2011

1 murid 1 tekanan (tekanan terbaru)

Abang Din (Timbalan Perdana Menteri) kata mulai tahun depan setiap pelajar tak kira sekolah rendah ke sekolah menengah ke wajib ambil satu jenis sukan. Saya faham sangat mengapa ia jadi begitu, saya faham sangat agenda baik di belakang dasar 1 murid 1 sukan ni.

Walaupun saya anti sukan sejak zaman persekolahan. Saya tetap tidak nafikan yang sukan ada banyak kebaikan. Tapi awas, tak semestinya orang yang kaki bangku, orang yang tak suka main sukan tak sihat hidupnya... tak semestinya mereka isap dadah atau mudah terdorong kepada kemaksiatan/jenayah.
Dulu zaman persekolahan saya memang tidak suka sukan. Pelajaran jasmani tidak menarik, saya tak suka sebab asyik main bola je. Tak kreatif langsung. Dan gurunya kadang-kadang tak nampak batang hidung.
Dan pada waktu rehat saya juga selalu kena berlari keliling padang sebab kena denda sebab tak datang bersukan pada waktu petang, he he he. Glamour haram...
Saya bukan apa, saya tidak suka bersukan sebab ianya tidak menarik. Sukan ni bukan hal saya. Ia mendedahkan kemaluan saya kepada khalayak ramai (membuatkan saya akan jadi malu). Contohnya kalau dalam acara larian 100 meter ke atau 400 meter dan sebagainya saya malu sebab selalu dapat nombor dua. Dua daripada belakang.
Dan bila main bola, bola ke kiri saya lari ke kanan, bola hala ke kanan saya larikan diri ke kiri. Kadang-kadang saya curi ayam.
Saya percaya sangat ada orang suara dia memang tak boleh dibawa menyanyi, saya percaya sangat ada orang tak boleh melukis, ada orang tak boleh bertukang.
jan: Walaupun mereka berlatih 1000 tahun...he he he.

2 comments:

Adie Achim said...

Saya dahulu selalu iri dengan rakan2 atlet. saya begitu mengagungkan mereka. Dengki bila mereka akan bawa baju sukan setiap hari kerana ada latihan. Saya selalu berusaha untuk maju dalam sukan tetapi sungguh mungkin ada hikmah disebalik kebangkuan saya itu.(cover! hikhik)

Hmm.. saya hilang semangat untuk menulis kerana ada sesuatu yang menganggu. InshAllah saya semakin pulih dan akan menulis semula.
Terima kasih! besar ertinya soalan ini kepada saya...

sukiman said...

semangat untuk menulis sangat berharga...

tak apa, rehatlah dulu...

.