"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, July 4, 2011

Caesalpinia ferrea


Nama lain pokok ni ialah Brazilian Ironwood, Iron Wood, Leopard Tree


Saya perhatikan, kebanyakan rumah-rumah di sekeliling kehidupan saya, kebanyakan mereka tanam pokok buah pauh (mangga), rambutan, nangka dan pokok buah-buahan lain. Saya juga ada menanam pokok manggis dan mata kucing (ayah saya tanam sebenarnya, he he he).

Kecenderungan menanam pokok buah-buhan di laman rumah ini memang ketara bagi rakyat Malaysia (kecuali yang duduk di flat). Walaupun tanah di tepi rumah sekangkang kera, mereka tetap menanam pokok buahan. Mereka tak hiraulah daun kering yang akan jatuh di laman rumah orang, dahan yang berjuntai ke laman rumah orang atau ranting reput yang jatuh ke laman rumah orang. Mereka tak hirau. Bengong kan?

Namun posting ini bukan pasal semangat kejiranan yang semakin hancur lebur lecur. Iannya mengenai sikap menanam pokok di laman rumah kita. Bukan semua orang begitu (tanam pokok buahan), bukan semua orang nak makan free je fikirannya. Ada juga yang suka menanam pokok-pokok yang tak boleh dimakan tetapi cantik sangat sebagai makanan minda. Familiar tak dengan konsep `makanan minda' ni. Kalau tak familiar, baca jelah...he.

Kalau pembaca jenis perasan, tentu perasan yang kebelakangan ini saya saya asyik mengepost gambar pasal pokok Caesalpinia ferrea saja.
Pokok ini cantik, boleh tanam kat rumah kita (tapi tolong jaga tmbesarannya agar tidak ganggu jiwa jiran kita). Batangnya cantik kan? Kaya sungguh ciptaan allah, tak terlintas difikiran kita. Pokok ni memang batangnya cantik macam rimau kumbang. Tak seperti batang pokok lain.

jan: Ada batang yang biasa-biasa...

1 comment:

mekyam said...

Ada batang yang biasa-biasa...
tak faham la bang..

.