"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, July 5, 2011

`King' dan `Kuing'

Memang betul raja hanya sehari? Lepas tu hamba?



Minggu ini saya rasa tidak nyaman sebab rumahtangga seorang kawan baik saya golak bergelora. Memang minggu ini saya sepatutnya banyak menulis mengenai pokok Brazilian Ironwood (yang sangat cantik jika dijadikan langskap kat rumah kita). Namun hati saya tawar untuk terus menulis pasal pokok tu (sebab saya perihatin).

Sesekali saya teringatkan nasib kawan dan isterinya. Tak naklah saya dok gembira sakan (sebab mak datang) sedangkan kawan baik kita dok menjeruk rasa... Saya hairan suami isteri baik ada masalah juga ke?

Suaminya (kawan baik saya) ada juga sms saya tetapi tidaklah banyak bercerita hal rumahtangganya, cuma dia kata ada masalah. Sedikit pun dia tak burukan isterinya, malah puji ada lea. Dasar lelaki begitu kot. Semuanya disimpan dalam hati. Atau ego? Entah.

Namun isterinya banyak bercerita dan saya rasa sangat kesian. Saya rasa isterinya sudah banyak berkorban. Isterinya beritahu kalau keadaan sudah tidak tertanggung, dia akan tuntut fasakh. Dia sms saya menyatakan dia sudah pergi ke pejabat agama pun, mengadu...( ya lah tak kan nak pergi jual Avon atau Cosway pulak).

Saya serba salah. Dua-dua pihak saya kesian. Saya tak menyokong mana-mana pihak sebab ni bukan perlawanan bola sepak. Saya kenal kawan saya sejak bangku sekolah menengah, pernah kami bersama mandi bogel kat tali air masa kecil dulu (tingkatan 4). Dia bukanlah seorang lelaki hidung belang apatah lagi buaya darat (selisih mailaikat 41).

Isunya bukan si suami curang... jauh panggang daripada ayam yang telah diperap dengan rempah. Atau kata orang Terengganu jauh keropok dari sos.

Saya pula bukanlah penasihat yang baik sebab motto saya daripada sengsara berdua baiklah sengsara seorang-sorang, he he he.

Jauh di lubuk danau hati kecil saya. Di gigi kolam hati yang punah ranah ini (pulak dah), saya tetap berharap mereka bersatu dan menempuh segala rintangan. Kerana, kerana bukan semua orang bernasib baik dan licin jea sepanjang jalan rumahtangga. Ada kapal yang tak henti dilanda badai tetapi tidak karam sebab mereka ada kasih sayang yang besar...

Jan: Ramai pasangan dapat bertahan kerana ada kasih dan sayang... Adakah lagi kasih sayang? He he he.

3 comments:

Cik Sue said...

entah laaa..kalau masuk bab masalah rumahtanggan ni...kalau tak tahu nak selesaikan masalah menimpa tu..memang semua laaa toksah berumah dan bertangga huhuhuhuhu..minta lah petunjuk dariNya...Saya yang baru masuk sepuluh tahun ni pun selalu duk pikir kalau hidup sendiri lagi best..tapi hakikanya tak best pun huhuhuhu...

amilia said...

betul tu...selalunya sebab masih ada kasih sayang dan cinta la sesuatu hubungan tu masih bertahan..sebab tula ada yang sampai dibelasah teruk pun masih jugak tak mintak cerai....tapi ada juga pasangan yang baik..tapi bila dah tak ada cinta lagi terus cakap tak dapat hidup sama lagi. hurmm...its all about love and responsibility... ...tapi ramai juga yang masih bertahan di sebabkan rasa tanggungjawab .... semoga semua nya akan baik baik aja... :)

Vivacious O'light said...

tertanya sendiri, mcm mana buleh mula timbul persoalan nak bercerai. hanya yg pernah mengalami saja yg memahami...

.