"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, July 11, 2011

Perhimpunan bersih




Minggu lalu isu yang rancak diperkatakan ialah isu mengenai perhimpunan Bersih. Sebagai manusia biasa kadang-kadang saya `bersetuju' dan menyokong tindakan, dasar dan pendapat kerajaan, dan kadang-kadang pula sebaliknya.

Untuk isu ini saya beranggapan perhimpunan bersih banyak buruk berbanding baiknya. Dan perhimpunan ini bermotif politik. Sebelum ini saya beritahu kawan saya `biarlah mereka berhimpun, bukannya nak buat rusuhan"... He he he.

Politik itu adalah satu proses di mana pelaku mahu mencari kuasa/pengaruh, mengekalkan kuasa/pengaruh dan menambahkan kuasa/pengaruh yang sedia ada. Saya tidak suka bercakap pasal politik kerana ia pelik dan boleh membuatkan orang hilang bukan sahaja akal, tetapi juga jati diri dan hakis agama. Namun saya cuba juga terangkan kepada mak saya mengapa perhimpunan bersih itu diadakan. Tetapi saya terangkan berdasarkan kefahaman saya yang cetek.

Saya beritahu mak, biasa sahaja perhimpunan tersebut, masa Anuar Ibrahim popular (kini pun popular juga, siap ada vidio yang dikaitkan dengannya lagi) perhimpunan diadakan setiap minggu di Kuala Lumpur. Dan saya beritahu perhimpunan tersebut bukanlah nak pecahkan kereta atau rosakan kedai peniaga. Mereka hendak menyampaikan sesuatu dan antaranya pilihanraya yang lebih adil dan membenteras rasuh secukup-cukupnya. Itulah yang saya beritahu mak.

Saya beritahu juga perhimpunan tersebut akan memberi imej yang buruk seperti mana kita lihat demotrasi di negara lain. Ramai yang kaitkan negara tidak bijak tangani masalah rakyat maka berlakulah demotrasi. Namun saya beritahu juga tak perlulah mak bimbang sangat, semuanya terkawal.

Saya juga beritahu mak sekarang pilihanraya sudah dekat, banyak agenda orang politik akan lakukan. Dunia sekarang payah nak cari yang ikhlas, semuanya ada berkempentingan politik dan kalau kepentingan politik untuk agama dan bangsa tak apa. Kalau untuk diri sendiri dan isi perut keluarga (anak bini), sendiri fikirlah, bak kata Nabil...

Namun saya faham kenapa kerajaan beria-ria menggunakan media massa untuk menyatakan perhimpunan itu sangat buruk akibatnya/kesannya. Dan saya rasa ramai yang faham sebab bila kita berada/adalah kerajaan, kemungkinan besar gitulah lagak kita. He he he

Jan: Apa yang nyata sama ada di pihak kerajaan atau yang berhimpun, mereka percaya sangat mereka buat semuanya untuk negara. Yakin sangat, he he he.

1 comment:

Cik Sue said...

entah laaa..politik ni rumit..payah..tapi setiap perhimpunan tak kira la reformasi ke bersih ke dan hape2 ke...satu jer persoalan yg pasti..siapakah yang boleh jamin/menjanjikan yang setiap perhimpunan akan di adakan itu tidak akan menimbulkan sebarang kekecohan?...tanpa ada senjata/objek/rusuhan yang akan berlaku..ce cite..ce cite..

.