"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, August 4, 2009

H1N1: Saya bukan student, saya lecturer...

Saya nampak muda bila pakai penapis penafasan...he heh


Saya bukan hendak mencari populariti (saya pernah diberitahu oleh Kamal Azie populariti saya sebenarnya dah lama berkubur apabila datang ke Kolej Shahputra Kuantan). Namun saya pergi juga kerana atas faktor kesihatan. Saya rasa saya perlu menjalani pemeriksaan sebab saya selalu juga batuk-batuk kecil dan hidung tersumbat sepanjang minggu ni...
Maka saya pergilah menjalani pemeriksaan untuk H1N1. Bila sampai di Bloc C di asrama pelajar, saya terus mencari bilik yang diberitahu oleh pak cik jaga tadi. Tanpa beratur, saya terus duduk untuk menjalani pemeriksaan. Saya dapati ada beberapa tempat khas untuk pemeriksaan dan ramai juga pelajar di situ. Saya tidak kenal mereka sebab mereka semua memakai penapis penafasan, dan sebenarnya saya memang tak kenal student saya (he he he., bukan jenis mesra pelajar kot).
Sejurus saya labuhkan punggung di kerusi depan meja tersebut, seorang nurse tanya `Student dari block mana?' Saya rasa nak belanja nurse tu makan tetapi saya rasa baiklah nurse tu buat kerja sebab ramai lagi yang menunggu untuk menjalani pemeriksaan. Saya nampak macam student ke? Ketika itu saya memang dah pakai penapis penafasan mungkin nampak lebih muda kot daripada hakikatnya.
" Saya bukan student, saya lecturer mereka ni..." Saya tergelak bangga dan mula mengada-ngada...
Nurse tersebut bertanya lagi saya ada deman tak? Ada selsema tak? dan ada batuk-batut tak? Saya jawap semuanya dengan tepat dan ada pulak yang nurse tak tanya pun saya beritahu, contohnya saya sakit dan perit tekak dan ada darah tinggi.
Selepas itu saya beralih pula kepada bangku kedua. Di situ saya disuruh duduk berdekatan dengan seseorang yang nampak macam doktor, saya segan. Dia suruh saya bangun bila saya bangun dia alihkan kerusi dekat dengan kerusi dia dan suruh saya duduk balik rapat dengan dia. Saya bukan apa, masa-masa begini saya memang tak mahu duduk dekat dengan sesiapa pun. Saya tak nak duduk dekat dia, takut dia pun ada H1N1...he he.
"Nganga mulut dan jelir" Secara perlahan dia masukkan sebatang batang nipis kecil macam batang aiskrim. Lepas tu dia ambil alat entah apa dan terus masukan ke dalam telinga saya.
"Nak buat apa sebab saya bukannya sakit telinga". Dia jawab nak ambil suhu badan. Laa... ingatkan apa sebabnya. Biasanya doktor guna alat macam batang kaca yang letak kat mulut dan kena kemang atau letak bawah ketiak bila nak tahu deman ke tak. Cara baru kot.
Lepas tu saya berdebar sebab dia dah mula ambik teleskop....Malulah saya buka baju dedah dada depan ramai nurse, saya bukannya nak masuk majalah Mangga atau URTV ni. Pelajar pun ada malulah saya. Lain lah badan macam lokman (refer badan masa dia kerja kat shahputra Pekan, sekarang dah beranak pinak tak tahulah macam mana badannya, hanya Era je yang tahu). Kalau badan macam Lokman bolehlah saya tunjuk tanpa silu.
A
khirnya saya lega dia hanya letak teleskop kat belakang saya sahaja dan suruh saya tarik nafas dan kendur nafas...huh selamat!
Sepanjang tempoh pemeriksaan dijalankan mulut saya tak berhenti bercakap tanya itu-ini (mungkin genetik mak saya). Saya tanya dah berapa ramai student yang kena? yang positif berapa orang? Saya juga sempat mintak ubat antibiotik, nasib baik tak mintak ubat tidur je, he he he. Saya juga sempat tanya sapa paling berisiko dapat H1N1? Antaranya saya diberitahu:
a. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun.
b. Individu berusia 65 tahun dan ke atas.
c. Kanak-kanak dan remaja (18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang.
d. Wanita mengandung.
e. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ dan penyakit kardiovascular.
f. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah.
g. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain dan asrama.
Selepas selesai pemeriksaan, saya diberikan ubat nama NILCO (jenis nampak macam sirap) dan antibiotik untuk perit tekak saya. Dia sempat pesan makan habis ubat antibiotik tu walaupun tekak dah lega.
B
imbang kan sekarang, banyak penyakit lepas satu-satu.
Jan: Ada penyakit tak berjangkit tetapi parah kalau dah terkena...he he he.

1 comment:

ExKSP said...

huhu....kelakarla entry2 sir...tegelak2 saya(sambil terbayang gaya sir mengajar economy dulu...khenn...)

.