"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, August 18, 2009

Susahnya memelihara anak...

Saya rasa gembira kerana semalam mak saya datang. Kali ini tentu mak saya duduk lama dan berpuasa dengan saya. Ayah saya hanya datang menghantar emak saya, hari ini dia dah pulang ke Besut. Banyak kerja katanya.


Saya dan mak tidak dapat bercakap banyak sangat semalam. Di hadapan ayah saya, topik yang dibincangkan tidak boleh sembarangan. apabila bercakap dengan ayah saya topiknya bersifat nasional. Antaranya kami ada berbincang topik H1F1, Anuar Ibrahim, KDNK negara Jepun yang dah pulih, bekalan gula negara, nasib kereta yang dah lanjut usia dan pelbagai topik sewaktu dengannya.


Tadi pagi selepas kelas pagi saya kembali ke rumah untuk makan pagi. Saya ada kelas pukul 8 hingga 10 pagi. Sebab saya hanya buat kuiz dalam sejam, saya benarkan pelajar keluar selepas itu. Dan saya bergegas balik makan roti telur goreng yang mak saya buat. Wow best!.


Semasa menikmati makanan mak saya buka juga topik-topik pilihan. Mak saya kecenderungan topiknya sekitar isu tempatan sahaja iaitu jiran tetangga dan keluarga. Dalam makan tu emak saya buka topik pasal anak kepada ustazah yang selalu datang ke rumah kami menolong mak saya bersihkan rumah.



Emak saya beritahu anak gadisnya yang di tingkatan dua kena belasah dan meraung tengah malam. Pada suatu malam suaminya kebetulan terjaga daripada tidur dan dengar anak gadisnya dok `kik kik kik' berhandpone dah lewat pagi. Itulah cerita yang dia beritahu mak saya yang anak gadisnya kena belasah dek suaminya kerana baru berusia muda tetapi dah galak. Dia tak berani nak tolong anaknya semasa dibelasah kerana bimbang turut dibelasah sama.


Namun dia didapati anak gadisnya tetap juga berhandpone malam seterusnya walaupun dia sendiri beritahu tak takut ke ayah ke? tak serik lagi? Remaja zaman sekarang hebat kan, kan?



Saya tak tahu nak kata apa... cuma saya beritahu mak saya syukur kakak dan adik perempuan saya bukan jenis galak gelenyar. Dalam adik beradik saya, yang paling gatal dan gelenyar adalah saya. Namun bila saya dah semakin dewasa saya semakin sedar diri...

Saya beritahu mak saya, saya juga bimbang terhadap anak-anak saudara perempuan saya (kenapa tidak anak saudara lelaki saya?). Saya bimbang takut mereka pun jadi begitu, gelenyar.


Saya juga katakan anaknya itu tidak hargai ayah dan ibunya. Tak sedar maknya terpaksa kerja di rumah orang untuk cari duit... Dia terlepas pandang mungkin kerana dia muda, atau pun dia memang begitu sifatnya?


Diceritakan lagi suaminya amat sedih atas kejadian itu. Anak perempuannya terima hadiah handphone daripada kawan lelaki kat sekolah. Ayahnya pergi cari kawan lelaki tersebut kat sekolah tetapi kawan lelaki tersebut tak mengaku dan beritahu lelaki lain yang beri (pulak dah).


Saya pun tak retilah nak kata tetapi sebagai orang perempuan kalau orang lelaki beri something tu tentulah dia nak sesuatu. Rasanya tak payah sangat nak diambil pelajaran kan? Orang lelaki bukannya bodoh nak derma saja-saja kan, kan?



Emaknya baik sangat, mengajar mengaji. dan suaminya pun orang baik-baik dan bertanggungjawab. Dulu suaminya satu sekolah dengan saya. Entahlah dunia ini banyak cubaannya, mak bapak baik belum tentu anak jadi baik. Dan emak bapak tak baik belum tentu anak jadi jahat, ada yang jadi ustad pun.


Saya beritahu mak, saya harap mereka berdua bersabar, berdoa jangan putus asa. Anak-anak adalah cubaan dan dugaan tuhan. Maaflah kalau saya bercakap macam ada anak sepuluh orang... tapi tulahkan dugaan dalam perkahwinan sangat hebat. Tidak saja-saja tuhan beri 27 kali ganda pahala kan, kan?



Jan: Kadang-kadang kita dah mendidik dengan betul...(kitab rasa la, he he h e)


No comments:

.