Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, August 1, 2009

`Dia orang'...

``Dia orang ni bila tuhan turunkan bala baru nak buat solat hajat! ''.
Tiba-tiba saya terdengar suara tegas di belakang saya. Memang saya agak tersentak apabila mendengar dialog tersebut. Pada masa tersebut saya sedang beratur di mesem ATM. Tadi sebelum sembahyang jumaat, saya memberitahu Adnan saya mahu ke Maybank, hendak cocoh duit sikit untuk bayar pendaftaran retret ke Melaka nanti.
Saya beralih manja, menjeling ke belakang buat-buat tengok tempat lain dulu sebelum saya lihat terus kepada wajah yang bercakap di belakang saya. Dan saya lihat ada 4 orang berjanggut panjang dan berbaju Melayu warna putih (warna lambang kesucian) yang labuhnya sampai ke kaki. Mereka sedang beratur di belakang saya. Islamik sangat kelihatannya, dahi mereka lebam. Mungkin banyak sujud kepada tuhan kot...
`` Dia orang ni memang, bila terdesak baru ingat tuhan. Buat maksiat tak ingat ''.
Terdengar lagi dialong yang seolah-olah mahu sengaja didengarkan kepada orang lain yang turut sama beratur nak ambik duit, maklumlah dah gaji. Saya berpaling lagi melihat siapa pula yang melontarkan dialog kedua tersebut. Saya lihat ada seorang pemuda yang kelihatan agak tua, juga sefesyen iaitu berpakain baju jubah putih, berkepiah putih, tetapi bermuka agak keruh.
Saya masih beratur dan bertekad dalam hati tidak mahu memandang ke belakang lagi bimbang mereka perasan. Oleh kerana masih ada lagi beberapa orang di hadapan saya yang beratur mahu cocoh duit, saya tetap saya pasang telinga. Mereka berempat berbual sementara menunggu giliran nak cocoh duit.
Ada dua line sebenarnya, tetapi saya pilih line yang ramai lelaki. Sebabnya daripada pengalaman saya bila beratur di line banyak perempuan lambat sangat mereka mengeluarkan wang. Entahlah kenapa. Bila sampai depan mesen baru nak buka beg tangan ambik kad, baru nak itu-ini... tapi bukan semua, ada yang cekap macam Kak Hanita (Anita Sarawak).
Banyaklah mereka negatifkan kumpulan yang mereka rujukan sebagai `dia orang' ni. Saya pasang je telinga dengar semua perbualan mereka. Saya dapati daripada perbualan mereka `dia orang' tu merujuk kepada mereka yang sembahyang hajat H1N1 selepas sembahyang jumaat tadi.
Saya yang cetek agama ni susah jugak hendak membuat kesimpulan, bagi saya kalau ada orang nak buat sembahyang hajat pagi petang siang malam lantaklah. Mintaklah berapa banyak dan berdoalah biar H1N1 tidak menular. Saya tidak anggap mereka negatif, itu suatu usaha yang mereka percayai. Kalau nak buat sembahyang sunat pun buatlah kalau tak nak buat saya rasa tak kisah namanya pun sunat. Kalau pandangan saya ini silap tak tahulah, minta tolong betulkan.
Tetapi saya yakin saya tidak silap mentafsirkan perkataan `dia orang'. Kalau kita gunakan perkataan `dia orang' bermakna kita tidak termasuk dalam kumpulan `dia orang tu'. Ianya merujuk kepada kumpulan lain, bukan kita.
jankaulu: Mungkin darjat mereka berempat lebih tinggi kot.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home