"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Tuesday, August 11, 2009

Bukan kisah cinta... 2

Keluar dari bilik, saya tengok di ruang tamu Lokman sudah tiada. Alatan playstation tersusun kemas di tepi tv, mungkin dia dah berada di biliknya.

Saya mesti beranikan diri, saya mesti minta tolong Lokman selesaikan masalah saya. Tak ada orang lain yang boleh tolong saya selain Lokman, Lokman pasti memahami saya malah dia pasti akan berbesar hati menolong. Lagipun kalau saya sesat di Putra Jaya, siapa nak jawab?

Saya berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik Lokman sambil berfikir macam mana nak susun ayat. Nak minta tolong orang kita mestilah guna ayat nada minta tolong, jangan sedap arah-arah je kan?

Apabila menghampiri biliknya saya terdengar dia tergelak-gelak sorang diri. Eh kenapa Lokman ni, angau ke?. Saya jenguk ke dalam bilik. Dia tergelak-gelak atas katil tak berbaju (tapi berseluar) .Ya rabii dia dok berhandphone. Dia dok layan lecturer yang mahu mengejas dia ke? Saya teringat minggu ni isu tersebut panas. Entahlah... dia baik dan ada rupa tentu bukan sahaja pensyarah malah pelajar juga tergila-gilakannya. Apa-apa pun terjadi, apa-apa pun orang kata saya tetap pasti Lokman tak bersalah. Dia bukan jenis menaguk di air keruh. Dia pakai jala.

Saya tak mahu kacau, terus saya menuju dapur, buka peti ais dan sambar kek coklat. Hasrat untuk meminta tolong Lokman bawa saya ke Putra Jaya terkubur.

Saya kembali ke bilik saya, terus landing sambil makan kek coklat tu atas katil. Rasa mewah pulak. Sambil terlentang tu kemudiannya saya berfikir. Perempuan ni kalau persahabatan di`salahsangka'kan cinta akan timbul masalah kan.... Saya teringat peristiwa pagi tadi di bilik kebal. Saya malu pada Mat Pijot, tetapi apakan daya saya seorang lelaki yang lemah terpaksa berbohong. Saya fikir lepas satu-satu perempuan memberi masalah dalam hidup. Apa dosa saya? Saya malas nak tanya lagi kepada kawan-kawan sebab nanti bila tanya tentu mereka akan beri jawapan yang sama, kata mereka saya `poyo'. Saya dah tanya dulu `Mengapa ya lelaki yang baik dan santun macam saya ni selalu bernasib malang ?.

Tadi pagi saya minta tolong Mat, minta tolong supaya dia berbohong. Teruk saya kan... Saya beritahu Mat jika ada orang perempuan kol saya, kata saya pergi UiTM Shah Alam, hantar result exam, Encik Azman (kini Dr dan datuk) suruh hantar cepat. Entah tak semena mena saya heret nama majikan saya. Saya terpaksa berbohong sebab saya mesti selamatkan diri saya. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu kenapa saya mesti diselamatkan dan daripada apa saya mesti diselamatkan.

Saya dan Mat tidak pernah guna telepon di bilik kebal untuk hal peribadi. Tak pernah sesekali memanggil ke luar atau terima panggilan luar selain semata hal kerja. Dan secara peribadi saya tidak suka sapa-sapa menalipon saya ke nombor kolej, termasuk pihak bank! he he he. Tetapi saya seakan tahu dia akan menalipon kolej untuk memastikan adakah saya benar-benar ke Shah Alam atau tidak. Saya memang tahu perempuan memang macam tu, kan?

Saya mintak Mat handle kes tu, Mat veri understanding, dia selalunya handle dengan baik. Dan Mat beritahu saya `En Sukiman ni tak baik mainkan perasaan orang''... Saya rasa malu pada Mat dan seluruh alam maya ini. Saya yang sepatutnya jadi role model kepada Mat, tapi saya yang tunggang langgang.

Memang bukan salah saya, juga bukan salah Diana atau pun Wani (Wani Pekan). Tetapi kebencian dia kepada Diana dan Wani memang tahap mega. Rupa-rupanya dia selalu mengintip saya balik kerja dengan siapa. Dia marahkan Diana dan Wani sebab tumpangkan saya. Katanya tak malu orang perempuan birah tumpangkan lelaki. Saya tak tahu apa erti perkataan `birah' kemudiannya baru saya tahu, he he he.

Macam dia bini saya, saya terpaksalah terangkan segalanya melalui sms. Saya terangkan kepada dia yang sayalah yang selalu nak tumpang kereta Diana dan Wani. Saya terangkan mereka kawan baik saya dan mereka tak bersalah. Kalau salah pun saya yang tak malu mahu menumpang. Tetapi dia marahkan saya kononnya saya tak bersalah!. Pulak dah. Perempuan...

Saya tak syak apa-apa sebab persahabatan kami bermula dengan menjual kain pasang. Dia yang minta kain pasang daripada saya untuk dijual di kawasan perumahan yang saya duduk menyewa. Itu pun cadangan dia. Namun mungkin saya buta kot... Lagipun saya tak pernah terfikir dia sukakan saya. Tetapi saya tahu bagaimana kita suka kat orang, kita ambik hati dia kita tabur madu dan hati kita sendiri kita campakan kat longkang... (baca dengan nada sedih). So saya hargai semua apa yang dia rasa kepada saya, walaupun saya tak rasa, he he he.

Bila dah lama mengelamun dan kek pun dah habis, saya bangun dan terus menuju ke bilik Lokman. Mungkin dia dah berhenti berhandphone... Saya mesti beranikan diri, saya benar-benar nak minta dia tolong. Saya benar-benar mahu jumpa perempuan tersebut, saya nak tengok dengan mata kepala sendiri. Kadang-kadang gambar dengan yang life lain berbeza.

Sampai di pintu bilik Lokman, tiada kedengaran tawa-ria, senyap je... Seperti tadi, saya menjenguk ke dalam biliknya. Ya allah saya lihat Lokman sedang...

Jeng-jeng-jeng....

Jan: Bersambung lagi?

1 comment:

Umar said...

"Ya allah saya lihat Lokman sedang tidur dan kelihatan air liur basi lokman menjejeh di tepi bibirnye dan mengalir laju ke bantal busuknye itu."

sambungan ayat penulis yang tergantung....kekekkeke

.