Salam...
Total Pageviews
Followers
Wednesday, May 11, 2011
Kenapa perempuan perlu banyak kasut?
Wednesday, May 12, 2010
Kerana perempuan?
Sayang abang... Golongan muda ini katanya giat mengumpul hutang sejak awal bekerja dan apabila berumahtangga hutang tersebut semakin menimbun... (yang tak berumahtanggapun 2 x 5 je...he he he).
Mereka inilah kemudiannya terpaksa mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk keluar daripada masalah itu. 69 peratus daripada pelanggan perkhidmatan pengurusan kredit di agensi itu adalah lelaki.
Saya baca sahaja statistiknya tiada sebarang ulasan dibuat. Saya hampa, hanya paparan statistik sahaja. Kalau kes lain terutama politik, bukan main statistik tersebut diulas kononnya mencerminkan bla-bla-bla...
Tetapi kenapa lelaki? Kenapa lelaki muda?. Kenapa bukan perempuan tua ke? Sebab bagi saya bila kita tua kita perlu banyak duit nak belanja, nak maintain gaya, kesihatan dan masalah yang dibawa anak bini,cucu cicit...
Saya bertanyakan seorang kawan perempuan saya masa makan kat pantry....(tetapi bukan nasi goreng yang saya buat pukul 5 pagi tu, he he he)
Dia tanya saya balik `kalau tak ada duit ada tak perempuan nak? Sekarang ni bla-bla-bla....cari yang berduit". katanya.
Saya diam sekejap. Maknanya sebab perempuan? Saya tanya lagi...
"Ya la Mannn oiii...' Dia jawab dari jauh sebab masa tu dia dah mula makan di meja yang agak jauh daripada saya.
Monday, October 19, 2009
Lelaki ini...
Apabila sudah menjadi pasangan di cuma mahu dijagai bukan disoal atau dikawal. Dia berharap rumahnya lebih kemas teratur berbanding zaman bujang. Dia mahu sentiasa ada makan dan minum di dalam rumah, dan boleh bersetubuh dengan kerap. Tak banyak mana dia mahukan daripada pasangannya, dia bersifat mudah. Kehendak golongan ini mudah (keperluan asas zaman batu atau ice age, sehingga kini mereka tak berevolusi sangat,he he he).
Namun begitu berada di sampingnya menuntut kesabaran, kesabaran, dan kesabaran (tiga kali tu, he he he) . Golongan ini sukar memahami kiasan yang kita berikan, kadang-kadang walaupun diksi kita tepat, dia masih kelihatan selamba dan tidak memahaminya. Apabila kita menangis barulah dia faham kita tersinggung dan bersedih. Memang golongan ini mudah memahami action berbanding drama. Eloklah kita baling pinggang mangkuk dan kuali untuk masa-masa yang sesuai, lahirkan action. He he he.
Dia gagal dengan cemerlang untuk membezakan antara merajuk dan kebiasaan. Walaupun anda telah lama hidup bersamanya (contohnya melebih 10 tahun), anda bukan sahaja masih tidak dapat memahaminya malah pada waktu yang sama anda juga merasai tidak difahami olehnya. Dia lebih faham/peka perbezaan pelbagai model kereta (yang bagi kita sama je iaitu ada stering dan empat tayar, he he he).
Dia tidak faham bahasa kiasan sebab dia selalu cakap secara diret. Lebih senang baginya jika menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas (mungkin golongan ini SPMnya, BM dapat 8). Dia tidak pandai lahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata, kita ni lah yang 24 jam kena berjaga-jaga dengan tindak tanduknya kerana selalunya perbuatannyalah melahirkan rasa hatinya.
Jan: Entah...
Thursday, October 15, 2009
Teka...siapa dia?
Dan kemudian itu kita semakin tidak faham sebab kerap-kali bila bila berkomunikasi apa yang dilafazkannya tidak dimaksudkannya. Jika dia berkata `tak mahu' tu ertinya mungkin juga bererti `mahu'. Kalu `tak nak' tu mungkin juga bermakna `nak'...!
Dia suka merungut, membebel, merajuk dan menggunakan kelembutannya untuk menang dalam semua perkara. Termasuk perkara yang kecil!
Keikhlasan kononnya amat penting bagi perinsif hidupnya... Dia henadak kita jujur dan ikhlas terhadapnya. Ikhlas dan jujur kononnya akan memanjangkan hayat perhubungan (katanya)...dia mahu kita cerita segalanya dengan jujur. Tetapi bila kita cerita hal yang sebenarnya tak sampai sekerat pun dia dah mula marah, melompat, melenting, mengugut dan merajuk...(tu pun bukanlah kita cerita semuanya, he he he).
`Tak apalah awaklah keluarlah dengan bekas kekasih awak tu..., saya profesional ' Dia kelihatan memberikan jawapan yang matang dengan penuh keyakinan. Dan sesungguhnya bila kita keluar dengan bekas kekasih kita tu...kesudahannya kita dihalau keluar rumah atau dia yang bawak beg keluar rumah balik ke rumah maknya!.
Kalau menulis apa yang hendak dibeli tu sangat teliti, kalah ceti. Semuanya tersenarai siap dengan budget dan harganya. Berminggu buat senarai tetapi dia akan hilang akal bila sampai di pusat beli belah, dia shopping sakan, penuh satu teroli! Seolah tiada esok lagi baginya.
Kalau kita keluar rumah berlama-lama lepak dengan kawan2, lepak kat kopitiam ke, dia marah. Dia merungut, katanya kita tak reti nak duduk rumah ke?. Kalau kita duduk rumah tengok astro, dia kata '' Tak ada kerja lain ke asyik tengok tv!''.
Dia hendak mengetahui semua pasal kawan-kawan kita. Kalau boleh semuanya dia nak kenal!. Tapi kawan-kawan dia, dia tak mahu kita kenal pun. Terutama yang cantik, muda dan bergetah. Tanya nama pun dah melenting, tuduh kita gatal! Ya allah.
Bila kita tak ada duit dia akan tenang dan damai. Katanya adalah rezeki kita tu nanti. Dia seolah-olah tak rungsing langsung dan yakin akan datang rezeki nanti. Kelakuannya tenang, tetapi bila kita mula banyak duit dia mula kelihatan resah gelisah dan berada di dalam ketakutan...
Dia mahukan kita lafazkan kata-kata manis sumpahan janji sayang kat dia selalu, setiap hari. Diulangi SETIAP HARI!. Dia hendak melihat/merasai kita berterusan buat benda-benda yang mencerminkan/menjaminkan kita menyanyanginya. Dia mahu jaminan (walaupun dia bukan bank). Benda tu mesti tiap hari kena buat! Diulangi kalau boleh 3 kali setiap hari.
Dia merungut kononnya kita tak pernah belikan hadiah kepadanya, tapi bila kita belikan hadiah dia tiba-tiba mempersoalkannya dan tuduh/fitnah kita curang di belakangnya!
Dia suka beli barang-barang yang cantik, pelik dan mahal (tetapi taklah berguna sangat...)
Teka, siapa dia?
Jan: Perempuan kot?
Tuesday, October 13, 2009
Tak faham weh...
Tuesday, August 11, 2009
Untuk lelaki: Kita terlupa...(setelah 8 tahun kawin).
Monday, July 6, 2009
Perlu lebih ramai lelaki?
Monday, June 22, 2009
Hari bapa dan ikan duyung...

Menjadi seorang bapa yang baik adalah sukar. Jauh lebih sukar dan halal berbanding dengan menjadi bapa ayam. Oleh itu kita patut memberikan satu penghargaan atau tepukan gemuruh kepada yang berjaya melaluinya atau berusaha melaluinya. Memang mencabar... (kena ingat mereka dalam waktu yang sama juga merupakan seorang suami, selain bapa, khalifah di muka bumi, dan kadang-kadang mereka juga mahu menjadi diri mereka sendiri...).
Jarang sangat kita kupas pengorbanan bapa, yang selalu dikupas diketengahkan adalah pengorbanan ibu. Bila mengupas pasal ibu sampai menangis-nangis khalayak mendengarnya. Kalau ada forum perdana, sampai ada yang meraung-raung! (dan bila sampai umah derhaka balik kepada ibu, he he he). Cuma beberapa tahun kebelakangan inilah ia dah berubah, penekanan kepada pengorbanan bapa dah mula diperkatakan...satu perubahan yang positif.
Menjaga sebuah kapal bukannya mudah, terutama kapal yang besar (kecil pun bahaya jugak). Hala tuju dan kompas penting kalau tak karam di dasar lautan, mati semuanya. Dan lautan yang nak dilalui kadang-kadang dipukul gelombang besar, nama lagi lautan, bak kata Dayang dan JJ lautan mana tak bergelombang...?
Kena juga tadah air hujan untuk anak-anak kapal minum dan ajar anak-anak kapal mengail ikan untuk makan. Dengan kata lain sebagai ketua segalanya. Begitu juga kena ada kemahiran menjawab balik apabila adanya anak-anak kapal yang suka membantah atau asyik musykil.
Tapi yang paling merbahaya ialah adanya ikan-ikan duyung yang seksi yang menggoda sepanjang pelayaran. Dengan dadanya yang bidang, rambut yang hitam pekat dan ikal mayang, dan pinggul yang mengancam. Kalaulah nahkoda tergoda tentu anak-anak kapalnya merana.
Selamat hari bapa kepada yang rasa berjaya dan kepada yang tidak berjaya usaha lagi, mudah-mudahan berjaya.
Jan: Perahuku lilin layarnya kertas, cuba kurenang lautan ber`api'...sendirian...(pulak dah...)
Friday, March 20, 2009
Dunia laki kita... (untuk perempuan sahaja)
Berbeza dengan fitrah kewujudan kita, apabila mahu keluar rumah kita diwajibkan memberitahu dan minta izin daripada suami. Ini bukannya ketidakadilan kerana tiadanya kesaksamaan tetapi islam mempunyai makanisme tersendiri untuk melindungi kita dalam meletakkan wanita di tempat yang khusus, khas dan istimewa. Janganlah kerana terlalu taksub dengan agenda barat seperti womeng right atau islam libral, kita terlupa batasan kita. Dalam islam sudah terletak cantik kedudukan wanitanya.
Oleh itu isteri yang solehah harus tahu letak duduknya di dalam sebuah rumahtangga dan sekaligus dalam masyarakat amnya. Jika selalu ada perasaan mahu hak yang sama, mahu sentiasa bersaing, bimbang ia akan mendatangkan kemudaratan. Jika kita sebagai seorang isteri menyirami benih ketidakpuasan itu, bersukarialah syaitan mencari peluang menyusup masuk ke dalam hati dan akal fikiran, lantas senang sekali menjadi derhaka terhadap suami kita.
Perbezaan yang ada hikmah
Dunia zahir dan batin lelaki berbeza, fitrah kejadiannya berbeza. Kefahaman ini sangat penting kerana ia menjadi asas kepada kefahaman-kefahaman lain dalam alam rumahtangga yang sekaligus membawa kepada keutuhan dan kekekalan sesebuah rumahtangga. Suami-isteri saling memainkan peranan yang utama tetapi berbeza dalam kelangsungan kebahagian sesebuah rumahtangga. Jika suatu tanggungjawab dirasakan sebagai suatu bebanan atau ketidakadilan, ia adalah suatu yang tidak disukai allah di dalam sesebuah rumahtangga.
Sebagai seorang isteri kita merupakan tanggunjawab besar kepada suami kita. Pernah tak kita terfikir? Suami kita bertanggungjawab hatta ke atas keselamatan nyawa kita. Contohnya kita memang bimbangkan keselamatan suami kita apabila mereka berada di luar rumah tetapi sebenarnya kita sudah tidak bertanggungjawab kepadanya apabila mereka berada di luar. Namun bagi suami kita di mana saja kita berada keselamatan dan kehormatan diri kita adalah menjadi tanggungjawabnya seratus peratus.
Janganlah kita selalu merasa tercabar dan hendak bersaing kerana dunia lelaki berbeza berbanding dunia kita, bagi pihak lelaki tentulah janggal untuk menerima banyak pertanyaan daripada isterinya mengenai segala tindakan dan apa yang dia lakukan. Pada setiap ketika jika si isteri selalu bertanya hendak ke mana, nak buat apa dengan sapa, tentulah ia menimbulkan ketidak selesaan kepada si suami seolah-olah dirinya dicurigai atau tidak dipercayai. Namun suami yang baik akan memaklumkan kepada isterinya ke mana mereka hendak pergi, agar isteri tidaklah risau.
Seperti kita, dunia zahir batin lelaki juga kompleks dan ditambah lagi dengan ruang lingkupnya yang berbeza. Dan kekompleksan dan perbezaan ini sering disalah anggap. Dan kita sebagai perempuan yang diciptakan dengan hati nurani yang lembut dan tulus mungkin terpengaruh dengan suasana sekeliling atau cerita-cerita di sekeliling yang menakutkan. Contohnya orang lelaki apabila berkahwin semakin `bahaya’ dan tidak boleh` dipercayai’.
Dunia kawan-kawannya...
Perlukah kita berkawan dengan semua kawan laki kita? Cukupkah dengan hanya mengetahui sahaja? Bagi saya walaupun terpulang pada diri isteri masing-masing, perkara ini harus diperhalusi kerana sebagaimana apa yang telah diutarakan tadi ia mungkin akan menimbulkan fitnah jika disalah rencanakan. Bayangkan tentu tentu kita rimas jika suami kita masuk bertenggek dalam kumpulan kita (apatah lagi kawan kita yang paling muda tu lebih gebu, lebih `inknya’, lebih bulat, mantap dan compact daripada kita...).
Memang sebagai seorang isteri kita seharusnya tahu dengan siapa suami kita berkawan. Namun berilah sedikit ruang istimewa kepada suami kita supaya dia seronok berkawan dengan kawan-kawannya. Tidak ada mana-mana kitab atau majalah wanita yang menyatakan kita mesti berkawan dengan semua kawan-kawan suami kita, ambil tahu segala hal.
Seperkara lagi, janganlah kita asyik mengikut je suami kita ke sana-sini dia pergi. Selain merimaskan kawan-kawan lelakinya saya percaya ia juga akan merimaskan suami kita (ia juga memalukan suami kita sebenarnya, naauzubillah...). Dalam situasi begini kita kurang arif dan memahami kerana kita adalah perempuan. Malah kita mungkin kembang atas bawah sebab merasakan masyarakat akan pandang kita seperti `loving couple' kononnya tetapi sebenarnya mungkin `meluat couple' pada serongan mata masyarakat.
Namun janganlah pula menolak ajakan suami kita jika dia benar-benar mahu kita menemaninya. Perlu kita ingat jika tidak benar-benar penting dan perlu dia tidak akan mengajak kita. Itulah salah satu perilaku dunia lelaki sebenarnya. Dunia yang sukar untuk kita fahami sebagai seorang perempuan (dunia kita nak beli sabun pun kalau boleh nak ajak suami…)
Pun begitu juga kalau ada kesempatan kita boleh berkawan dengan isteri-isteri kepada kawan laki kita supaya ukhwah terbentuk, lagi pun tak manis lah kita berkawan rapat dengan kawan laki kita sahaja, lainlah kawan laki kita tu memang dah kawan kita. Ataupun kita kenal kawan laki kita tu lebih lama daripada laki kita sendiri.... Tapi bila dah kahwin adalah molek kita renggangkan sedikit persahabatan dari beberapa segi kerana kita sudah menjadi tanggung jawab suami kita, tidak manis kita masih mahu bertepuk tampar kerana kita sudah menjadi hak orang.
Perkahwinan adalah suatu penyatuan, tetapi tidaklah pulak semuanya harus bersatu kan? kan? Masing-masing ada dunia sendiri juga, ada berhubung dengan persekitaran sendiri.
Kacau daun...
Janganlah kerana kita mahu mengawal suami kita maka, 24 jam kita harus berada di sisinya. Dalam hati kecil kononnya kita bimbang disambar orang sebab kita percaya sangat perempuan era kini laparkan lelaki orang… (padahal hakikatnya mungkin kita saja yang sudi ambil dia sebagai suami, perempuan lain tengok mungkin meluat, no komen…).
Janganlah kita terlalu cuba mencampuri urusan suami termasuk juga dengan kegemarannya. Kita boleh memberi sokongan tetapi tidak perlulah kelihatan berlebihan pula. Contohnya, dia mungkin suka memancing atau memelihara bongsai atau suka pergi berkhemah dengan kawan-kawannya. Tak kanlah tiba-tiba kita minat jugak hobi yang suami ada (kalau sememengnya minat tak apalah, kalau buat-buat minat itu bodoh rasanya, tetapi terpulanglah...). Maka kita ikut juga suami kita pergi berkhemah, bimbang suami kita melencong ke tempat lain.
Atau apabila Laki kita hobinya memancing, oleh itu terus kita pegang batang kail sedangkan sebelum ini kita asyik pegang batang lain (contohnya batang penyapu). Atau contoh lain, kita terus jugak tiba-tiba minat pelihara ikan kelisa sebab suami kita minat. Dan apabila geng ikan kelisanya datang bertandang ke rumah, kita pulak lebih-lebih cakap pasal ikan kelisa (sebab kita dah print dan hafal daripada internet ..) sambil duduk sama-sama bersila depan akuarium (sehingga suami terpaksa masuk dapur menyediakan minuman…).
Begitu juga dengan sifat suka mengekori suami tadi mungkin menimbulkan kesusahan kepada orang lain. Cuba bayangkan kita sahaja seorang perempuan tercongok di suatu kumpulan sedangkan semua orang lelaki. Lelaki ni dunianya banyak berkisar mengenai `man talks' juga. Ala macam kita juga pun ada `hal perempuannya'…
Namun bukanlah maksud saya kita tidak boleh ikut langsung suami kita, mungkin ada suasana, majlis dan tempat-tempat tertentu yang bersesuaian untuk kita hadir. Sebagai isteri yang bijaksana kita seharusnya tahu majlis mana atau tempat mana kita sepatutnya muncul bersama suami kita. Biarlah kita menjadi isteri yang memberi `value added’ kepada suami kita, jangan kita yang memberikan `depreciation’ (susutnilai) kepadanya.
Kita harus menerima hakikat kita tidak boleh mendapatkan hak yang sama dengan lelaki di dalam beberapa hal. Jangan pulak berkelakuan seolah mencabar allah. Pernah tak cuba bayangkan berapa kali dalam satu hari kita ceraikan laki kita jika kuasa talak ada di tangan kita? Ayah saya ada berseloroh kalau talak ada pada mak saya…katanya dalam satu hari mungkin 4 kali dia diceraikan.
Kita sebagai isteri…
Memang saya akui hendak menjaga laki seorang lebih sukar daripada menjaga kerbau sekandang. Nampak sahaja simple tetapi meletihkan luar dalam. Banyak kerja hendak dibuat termasuk mengurus rumahtangga juga adalah element menjaga laki. Cuma kadang-kadang saya percaya ada di antara kita merasakan seolah-olah tidak diberi perhatian atas pengorbanan kita. Seolah apa yang kita lakukan itu adalah kerana tanggungjawab kita sebagai isteri... Namun percayalah suami kita tahu dan dia faham cuma dalam bab-bab pamirkan perasaan ini kebanyakan lelaki fail, bukan semua lelaki macam Mankisue... allahualam.
Sebagai isteri tugas kita ialah menyenangkan hati suami, zahir batin. Jangan sesekali menderhaka atau meninggikan suara, naulzubillah. Sebagai isteri kita seolah menjadi pelengkap kepada dunia-dunianya, beri perangsang dan galakan. Janganlah pula kita yang menimbulkan keresahan di hatinya. Agar apabila suami melihat wajah kita, terasa ringan bebanan hidup atau masalah yang digalasnya.
Sebagai seorang isteri kita tidak boleh tamak akan kepada hak-hak yang ditetapkan dan diberikan oleh allah kepada mereka. Saya akui bukannya mudah untuk menjadi seorang isteri solehah, namun isteri yang solehah dicemburui bidadari disayangi allah dan nabi. Suami itu diberikan oleh allah untuk menguji dan mengajar kita, dan seharusnyalah cinta kasih sayang kita kepada allah melebihi segalanya.
Jan: Suami itu ujian besar daripada allah kepada seorang perempuan… ( tak ada suami pun, juga satu ujian besar...)
Thursday, December 4, 2008
Naluri keibuan?
Dan pada hari isninnya, saya terus menanyakan hal tersebut pada salah seorang pelajar lelaki saya. Jawapan yang saya terima memang jawapan yang telah diagak. `Memang semulajadi sir, tak kanlah orang lelaki ada sifat keibuan pulak’. Jawabnya separa melawak.
Apa itu sifat keibuan…?
Daripada pemahaman saya, sifat keibuan secara ringkas boleh dikatakan bukan sahaja sifat mengambil berat terhadap bayi/anak tetapi juga suka (wilingness) terhadap suatu keadaan untuk melindungi anak-anaknya, dan menyukai untuk memberikan perlindungan, melayan keranah. Atau dengan erti kata lain `suka’ kepada budak. Golongan ini bila jumpa budak terasa teruja, ibarat itik mendapat dedak atau bak orang kampung mendapat subsidi baja (selepas tu menjualnya begitu sahaja).
Bila jumpa bayi/budak mereka rasa semacam, dan mulalah sentuh pipi budak tu, nak dukung la atau cium bertalu-talu. Ada kalanya mereka boleh duduk berjam-jam melayan bayi/budak (kalau ada orang tua tengok mesti nak buat menantu) dan kadang-kadang buat pulak dah muka `hodoh’ dengan harapan bayi/budak kecil tu ketawa. Kita boleh nampak sinar muka perempuan sebegini walaupun ada yang taklah over cubit sana cubit sini seperti saya gambarkan di atas.
Pada pendapat saya sifat keibuan (sifat-sifat di atas) tidak lahir secara semulajadi pada setiap wanita. Malah ada yang memalsukannya, kalau kita perati betul-betul kita akan sedar ada di antaranya hanyalah sebuah lakonan sahaja. Bukan semua perempuan mempunyai sifat keibuan walaupun mereka berupaya beranak pinak. Macam mana nak terangkan ya…?
Tak suka baby, tak suka budak...
Jika dilihat statistik penderaan anak-anak, wanitalah yang kerap mendera anak-anak berbanding dengan lelaki. Ibu-ibu lebih kerap terlibat dalam hal-hal macam ini. Mungkin mereka lebih lama berada di samping anak tersebut berbanding dengan si bapa, dan kemungkinan faktor masa menyebabkan mereka boring apatah lagi jika terdapatnya tekanan-tekanan lain dalam kehidupan yang menyebabkan ia mendera anak. Maka jika ada naluri keibuan, ternyata naluri keibuan ini dikalahkan dengan tekanan menyebabkan terjadinya penderaan. Apatah lagi jika tidak ada naluri keibuan, makin sedaplah mereka mendera.
Begitu juga terdapat orang gaji (perempuan) yang tidak suka kerja-kerja mengasuh budak kecil, mereka lebih suka menguruskan hal rumah, sama ada memasak atau mengemas rumah. Suruhlah apa sahaja mereka suka, namun bila time jaga budak atau buat sesuatu kerja berkaitan dengan budak, ia tiba-tiba jadi malas. Mereka tidak gemar melayan karenah budak. Pada pandangan mereka mungkin apalah best sangat bayi, terutama bila berak, he he he.
Kita pandang kepada surirumah itu sendiri pulak, kalau ada bini pandang pada bini kita (yang tak ada bini, duduk diam dan perati je). Memang ada wanita lebih suka kesibukan di tempat kerja berbanding dengan kesibukan di dapur, he he he. Ini pendapat saya sahaja, dan saya tak naklah masuk campur juga. Golongan ini kalau boleh tidak sabar-sabar menanti hari esok, nak ke pejabat sebab best berada di pejabat, di rumah kadang-kadang letih. Nak buat kerja rumah lagi, nak layan anak-anak lagi, malamnya nak layan ayah anak pulak, he he he.
Isteri yang baik tidak akan merungut, namun suami yang bijak haruslah memikir akan kemungkinannya boleh berlaku dalam rumahtangga mereka sendiri…

Maka apabila beranak, jeng jeng jeng… Adakah mereka akan sayang kepada anak mereka secara automatik? Sekali lagi saya tidak setuju jika jawapannya ya!. Para rasa awal terhadap anak tidak akan datang secara automatik, ia datang secara perlahan atau tak datang-datang, he he he.
Ada yang apabila melihat muka anak rasa nak meroyan. Tapi meroyan ini pulak bukanlah kerana perubahan hormon dalam badan wanita mengandung, bukan semua wanita yang lepas bersaling berbakat untuk meroyan.
Perempuan tak beranak?
Perempuan yang tidak berpeluang melahirkan anak, tidak ada naluri keibuan, tidak ada sifat keibuan? Ramai berpendapat perempuan yang tidak mempunyai anak tidak memenuhi peranan semulajadinya iaitu beranak (melahirkan anak). Oleh itu dia akan menjadi kecewa dan murung diri. Ada yang rasa rendah diri sehinggakan terlupa bahawa kebahagian hidup itu pelbagai ragamnya, rupanya dan bukan kepada satu dua perkara sahaja (perkara yang orang lain ada, kita tidak ada). Dan perempuan yang tidak mempunyai anak ini, janganlah pula kita sifatkan tidak mempunyai sifat keibuan. Ada dia antaranya memang sukakan budak.
Masyarakat kita banyak menghukum, banyak buat `Law’… Contohnya kita menyatakan semua perempuan mesti berkeinginan menjadi ibu. Saya rasa ada perempuan yang tidak selesa menjadi ibu, atau tidak mahu menjadi ibu, atau tidak layak menjadi ibu (yang bunuh anak atau jual anak). Ungkapan `mesti’ membawa tekanan kepada perempuan yang sudah kawin tetapi tidak mempunyai anak, atau ibu yang mempunyai anak tetapi bukan atas keinginan diri yang positif. Mungkin sebab tekanan sosial di sekeliling, contohnya masyarakat kata `Bila dah kawin tu kenalah ada anak…' dengan muka-muka sekali (mentang-mentang dia ada 8 anak...).
Adakah seorang perempuan dikawal oleh naluri keibuannya iaitu untuk memiliki anak? Adakah keinginan ini lebih tinggi daripada si suaminya (sebab perempuan ada naluri keibuan?)?.
Kita pergi lebih jauh lagi…bagaimana pulak dengan kebahagian rumahtangga? Bagaimana jika ada pula pasangan yang membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak? (mesti kita kata…ala tak kan ada, buat apa kawin?). Bolehkah kita beranggapan wanita yang tidak mempunyai anak ini kurang bahagia daripada mereka yang mempunyai anak? Tak boleh kan…terutama jika mereka tidak mempunyai langsung naluri keibuan…he he he, kalaulah ada konsep naluri keibuan.
Atau wanita yang tidak ada naluri keibuan tidak akan sebahagia wanita yang ada naluri keibuan? Jangan bimbang, penulisan ini dah nak habis. Tak payah fikir lama-lama lagi ya…
Jan: Macam mana dengan naluri kebapaan?
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (13)
- POLITIK (3)
- PUISI (13)
- Politikus (18)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)
- dari skrin... (28)
- kewangan (68)