"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, December 8, 2010

Zeti Akhtar Aziz


Suatu ketika dulu, ketika saya masuk dalam kelas terus saya tanya para pelajar, "Tandatangan siapa yang paling berharga di Malaysia?


" Sultan Mizan, Agong kita" Kedengaran jawapan daripada seorang pelajar.


" Salah" Jawab saya sepatah.


" Abdullah Ahmad Badwi!" Kata seorang pelajar lain dengan lubang hidungnya yang kelihatan bangga semacam. Mungkin dia ingat jawapan tersebut betul.


" Salah" Kata saya sambil eleng kepala.


" Haa... tandatangan sir...!" Kata seorang pelajar sambil tersenyum pada saya.


" Jangan buat lawak, tapi nice try, try again, he he he" . Kata saya pula. Ada ke tandatangan saya penting... tandatangan saya taklah penting mana...(merendah diri)



Cuba tengok tandatangan siapa kat duit kita ni?





Tokoh Maal Hijrah bagi tahun ini sangat istimewa orangnya. Dia seorang perempuan. Kalau tak silap saya beliau adalah penerima tokoh ke 23. Dan penerima pertama berjantina perempuan.


Zeti Akhtar Aziz (Dr Tan Sri), Gabnor bank negara ke 7

Ada wanita sangat luarbiasa, penguasaannya terhadap sesuatu bidang mengalahkan lelaki, sumbangannya memakmurkan masyarakat dan negara sangat terbilang. Ketika ada lelaki menggoncangkan rumahtangga (rumahtangga sendiri, main kayu tiga, empat, lima, anam...), ada wanita yang menggoncangkan dunia dengan kehebatannya.


Dan begitulah sebaliknya ketika ramai wanita berlumba untuk menambah, mengekalkan dan menguasai kedududkan diri mereka di hati suami masing-masing agar melekap kejap, beliau gigih membaiki kedudukan wanita secara keseluruhan iaitu dengan menjadi wanita pertama gabenor bank negara dan menjadi wanita pertama juga sebagai tokoh maaf hijrah. Hebat, tahniah kita sama-sama ucapkan...
Nah ambik sijil dan wang RM100k ni buat belanja tahun baru...


Bukan senang beliau nak naik ke atas, beliau kena usaha walaupun beliau anak kepada profesor diraja Engku Aziz. Beliau kena belajar bertungkus lumus ambik Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (dalam bidang Ekonomi Analitikal) dan kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan kemudiannya Doktor Falsafah (dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa).
Bukan tut-tut je beliau jadi gabenor.Tak ada jalan pintas ke atas, Tak ada undian sms daripada orang kampung...(hu hu hu) atau tak ada orang `taja'... Beliau memulakan kerjaya sebagai penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 sampai 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.
Pada tahun 1994 beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1998 beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 2000 barulah beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh
Pendek kata beliau mendaki dari satu anak tangga ke satu anak tangga...


Majalah Global Finance



Pada 13 September 2010 nan lalu, beliau terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.
Majalah ni kita tak berapa familir sebab kita jenis baca majalah Mastika jea (he he he). Sebenarnya ia adalah majalah berkenaan kewangan yang mempunyai pembaca di 163 negara. Pengamal kewangan, ahli ekonomi dan syarikat-syarikat multinasional selalu gemar membaca dan membicarakan majalah ini sebagai rujukan tepat, mesti, terkini dan sebagainya.
Jan: Tahniah daripada jankaulublogspot.com

No comments:

.