"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, December 17, 2010

Antara keperluan sebenar dan kemahuan...

Perempuan suka berbelanja. Pun begitu perubahan ketara telah berlaku dalam masyarakat kita iaitu lelaki juga kian suka berbelanja. Jangan terkejut mereka juga semakin segak dan kemas, rapi berbau harum walaupun anak sudah bersusun paku. Dan perubahan ini membawa kepada keadaan isirumah di mana suami isteri yang suka berbelanja...(alamak, ayat macam dalam majalah MIDI la, tapi memang ini ayat saya 100%).



Saya masih ingat bagaimana lancarnya saya memberitahu pelajar saya apa erti keperluan dan kehendak/kemahuan. Malah saya ajar mereka dengan teliti beza di antaranya, saya bulatkan mata dan angkat kening supaya nampak dramatik, supaya dia ingat bukan sahaja dalam kuiz tetapi lebih penting apabila mereka layari kehidupan sebenar.



Semalam sambil tengok cerita Apocalypto (pernah tak tengok cerita ni. Ala cerita mengenai kebrutalan masyarakat Maya. Yang hampir semua pelakonya harus berpakaian separuh bogel untuk berlakon cerita ni...) Saya memerhati dan banding kehidupan saya dengan mereka daripada segi barangan keperluan hidup (bukan dari segi berpakaian, he he he). Terutama keadaan rumah mereka dan keadaan rumah saya. Ya allah banyak bezanya...




" Jangan melompat tinggi sangat, nanti terselak kain...'' Kata Mel Gibson serius.


Berbanding dengan keperluan asas dalam filem tersebut, saya lihat banyak barang di rumah saya adalah kemahuan, bukannya keperluan. Saya rasa lebih 50% barangan dalam rumah saya merupakan kemahuan, bukannya keperluan... Molek juga pembaca balik rumah nanti cuba tengok dalam rumah masing-masing, banyak keperluan ke kemahuan? carilah jawapan sendiri dengan ikhlas, jawab dalam hati...saya tak nak tahu.
Keperluan ialah sesuatu yang mesti dibeli, iaitu kita tidak boleh tidak membelinya atau menangguhkan pembeliannya. Kita kena dahulukan pembelian ini atau jangan beli barangan lain (contohnya pasu putih?). Sofa yang sederhana mungkin keperluan (contoh lagi...), dan sofa yang mahal harganya (dan gaji kita kecil) maknanyanya kemahuan. Namun awas, kemahuan kita mungkin menjadi keperluan untuk orang lain. Keperluan itu sendiri mempunyai definasi yang berbeza kepada golongan orang berbeza. Seorang usahawan yang berjaya memerlukan handphone yang canggih berbanding dengan hanpong Nokia yang berharga RM100.
Sebab itulah kita kena balik dan pandang apa yang ada dalam rumah kita iaitu ruang tamu, bilik , dapur hatta bilik air.
Saya berpendapat jika kita benar-benar dapat definisikan antara keperluan dan kemahuan, ia akan banyak membantu cara kita rancang pengurusan kewangan peribadi kita. Tentulah jika kita jadi Anita Sarawak, makeup yang mahal dan tahan lama menjadi satu keperluan. Dan jika kita seorang Najib tentulah buku dan majalah menjadi keperluan (buku dan majalah antarabangsa).

Kak Nita dengan gaya kain kaftan unggu... (bayar hutang 8 kali ke?)

" Bagi saya, saya memang perlu barang ni " Sambil membelek-belek handbag terbaru yang terpamir di The Store. Sekali lagi kita kena analisis ayat yang keluar dari pemikiran kita. Kalau kita nampak sangat menyakinkan kita perlu barang tersebut, mungkin sebenarnya kita tak perlu pun...he he he. Menipu diri sendiri mungkin kerja utama orang yang bersikap boros. Mereka nak menyakinkan diri mereka sendiri atas sesuatu pembelian yang mereka ragui...(ya ke?, tepuk meja lihat slip gaji. Maksud saya selepas ditolak-tolak perbelanjaan tetap...he he he).

Kalau ikutkan saya, memang takut betul nak menulis topik ini sebab saya sendiri baru je nak berhemah daripada keadaan perbelanjaan yang tak berhemah. Namun saya rasa tak pernah terlewat kalau kita nak baikinya. Dalam minggu ni saya asyik galak menulis pasal pengurusan kewangan isirumah walaupun sesekali saya tertanya juga kenapa Datuk Sharifah Aini masih tak pulang-pulang setelah mengerjakan haji...katanya nak menetap di sana 50 hari atau 2 bulan. Nak buat apa kat sana?... Buat album ke? Tapi konsert Arabianya dulu memang best, dia dapat nyanyikan lagu arab dengan baik kata wartawan.


Maaf, saya kembali kepada tajuk posting. Nampaknya kita bukan sahaja kena dapat membezakan antara keperluan dan kemahuan. Kita mesti dapat juga mengawal pembelian terhadap kemahuan kita dengan melihat apa yang telah kita beli sebab mungkin di antaranya ada yang kita `terbeli'. Ini unsur penting dalam merancang kewangan peribadi...


Untuk hidup di dunia nyata, kita kena berkorban rasa/kemahuan tersebut...kita damping keperluan.


Jan: Kebahagian hidup? keperluan atau kemahuan? Boleh dibeli ke? Boleh ditangguh?

3 comments:

wawadave said...

suki, mmg, kalau tak mengontrol diri, payah jadinye. Tpi hati kita still linger kat mende2 yg jadi kemahuan kan? hihi.. p/s: enjoy listening to the songs!

sukiman said...

sya kerap terbabas...he he he.

thanks, banyak track yg best tapi track 14 buat saya khayal...`dil curalia menerkara delka elkara delka ilkara delkea...'last-last IKEA, hehehe.

nOOrsha said...

salam en sukiman..
btol tu... saye pon byk kali terbabas beli ikot kehendakn bkn keperluan..kdg2 tak perlu sgt pon... contohnye barang baking...hehehe...kadang tu sampai dah expired date..huhu....anyway sy suke tgk citer apocalypto tuh... memg best!~

.