"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, December 15, 2010

Wang dan pernafasan kita...

Kalau saya katakan nak bernafas pun kita perlukan wang, ada orang setuju ke tak? Kalau saya kata wang penting seperti air, udara dan darah?


Bernafas di sini bukan bermaksud menukarkan oksigen menjadi karbondioksida ataupun proses fotosintisis, tetapi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kalau kita fikir dalam-dalam memang begitu, iaitu kita bernafas atas kelangsungan duit (tetapi jangan beritahu kepada ahli sufi atau tasauf, jawapan mereka sangat berbeza, iaitu kita bernafas kerana allah, daripada allah kepada allah).


Ada orang kita lihat hidup senang lenang gayanya. Cemburu rasa, mereka boleh beli 7 pasu berwarna putih, tunai!. lalu kita kata yang dia kaya mungkin sebab keluarga dia sedia kaya raya. Untung benar kerana datang daripada keluarga kaya kan?(kita tak pernah fikir yang datang daripada keluarga kaya pun ada bebanannya, iaitu mungkin kita tak pandai urus wang! yang kaya-raya ayah kita. Maka bukan sedikit kita dengar cerita kekayaan menyusut bila ibu bapa meninggal dan anak ambil alih kekayaan. Anak tak bijak sambung kekayaan)

Ada orang miskin dan tidak selesa kehidupannya,rumah bocor sana sini. Harga buat pagar rumah kita mungkin lebih mahal daripada pondok buruknya.Bila kita tanam pokok bunga dalam pasu yang berkilat dan mahal. Mereka tanam dalam tin milo je! Dia tidak ada apa-apa yang nak dibanggakan kecuali anak yang ramai dan isteri yang tak seberapa (satu saja). Mereka memiliki hanya antara satu sama lain masing-masing...(baca dengan nada sedih seolah tidak dapat beli pasu berwarna putih)

Dan ada yang kita lihat keluarga mereka sedang-sedang jea...Suami isteri dan anak-anak serba sederhana, namun petang-petang dapat bawak anakbini/anaksuami jalan-jalan di Taman Gelora,oder rojak yang best, sepinggang makan 2 orang. Mereka cukup kain, semua anak perempuan daripada yang sulung sampai yang kecil setahun jagung menutup rambut. Mereka pergi dengan kereta Moris Marina (kereta model lama tapi berkilat sebab selalu jaga dengan molek, sebab susah nak dapat sebab tak ada duit, bila dapat sayang sangat-sangat).


Apa-apa pun kita mesti menghadapi realiti kehidupan kita. Sama ada kita kaya, miskin dan sedang-sedang, sentiasa ada kemungkinan untuk kita memiskinkan lagi diri kita jika salah langkah. Kena masing-masing beringat. Sama ada kita daripada keluarga kaya yang bermuka dinasor, atau miskin tapi handsum atau yang sedang-sedang saja, kita bertanggungjawab ke atas diri kita sendiri dalam mengurus kewangan peribadi kita. Ianya tak ada kaitan langsung dengan keluarga kita atau gaji kita. Kita akan susah nak bernafas bila kita gagal uruskannya perbelanjaan peribadi/isirumah kita.Rumah besar, kereta besar, berbini seolah bersaling baju pun akan sesak nafas bila duit tak dapat diuruskan dengan baik.

Cuba kita campur hutang rumah dan hutang kereta kita (kita jangan sebut kita beli rumah atau beli kereta, he he eh), dua perkara tersebut berapa peratus daripada jumlah pendapatan isi rumah kita? Contohnya kita kena bayar rumah RM800 sebulan dan kereta RM800 sebulan jadi RM1600 sebulan. Kita `per'kan dengan gaji kita katakan RM3500 dan kali 100 (untuk cari peratusan). Maka kita dapati 45.7% telah dihabiskan kepada 2 perkara tersebut...

Cuba kita buat dengan gaji kita (yang berkahwin kena campur dengan gaji suami/isteri dan pendapatan lain kalau ada). Kalau masih tak ada suami/isteri mungkin boleh ditambahkan dalam senarai azam tahun baru, iaitu giat mencari... tacklelah sapa-sapa yang lalu kalau terdesak sangat (tetapi terpulanglah kalau malas nak cari, nak hidup sorang. Senang!..., he he he).

Kita kembali kepada topik posting. Oh ya, Adakah peratusan tersebut melebihi 50% daripada pendapatan isirumah? Atau sampai hingga 70%? Atau tak sampai pun 50%?

Jangan terkejut ramai yang rata-ratanya sampai 70% terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. Dan lebihan 30% tersebutlah yang kena sangat dibelanjakan dengan bukannya berjimat tetapi sangat berjimat.Kena bayar itu ini depan belakang...

Kadang-kadang memikirkan pasal wang ni buat kita sesak nafas dan tak lena tidur malam. Tapi apa-apa pun kita kenalah urus kewangan peribadi kita sendiri sebab kita nak bernafas dalam sejahtera, kita nak tidur lena.

Sebenarnya untuk pembayaran rumah dan kereta pun telah memakan jumlah yang besar, tak dicampur lagi dengan perbelanjaan makan minum... Tetapi peratusan tersebut akan turun juga, dan kuasa beli kita terhadap barang lain akan meningkat sebab gaji kita tiap tahun akan naik (bagi yang makan gaji dan andaian inflasi tidak seketara mana tingginya). Walaupun sikit saja kenaikannya ia akan menyumbangkan jumlah yang besar juga bila bertahun, katalah kalau RM80 setahun? Lima tahun jadi berapa? Kiralah sendiri. Tapi dengan syarat iaitu perbelanjaan jangan bertambah sangat seperti jangan tambah hutang, jangan tambah dapur, jangan tambah kereta dan jangan tambah anak, he he he.

Jan: Berazam nak jaga kewangan peribadi dengan lebih elok, sebab nak bernafas dengan elok pada hari tua, insyallah.

No comments:

.