"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, December 22, 2010

Minum Milo

" Masa tu Man, aku minum Milo jea tengahari, nak lunch fikir banyak kali sebab nak jimat duit, malam memang tak makan. Kawan-kawan aku ada yang tanya aku sakit ke? Bila tengok aku kurus." Kata kawan saya melalui handpon kami. Saya mendengarnya dengan teliti sambil berfikir nanti saya akan menulisnya ke dalam blog, buat pedoman bagi diri saya sendiri.
Pada masa tersebut saya tengah basuh kain. Sebenarnya saya hairan mengapa kawan saya suka sangat kol saya masa saya basuh kain? Tak ada masa yang lain ke? Tapi mana mereka tahu kan...? Ini semua kebetulan. Saya basuh kain dia kol, dia kol saya basuh kain.
Kawan saya ni belajar bersama saya di UM pada awal tahun 1990an dulu. Kami kawan baik, seasrama masa first year. Pernah gi Zoo Negara bersama-sama pukul gambar dengan badak air. Kami rapat sehinggalah kami tamat belajar dan bawa haluan hidup masing-masing. Saya balik kampung mengajar dan dia mengejar cita-citanya di bandaraya Kuala Lumpur yang mencabar.
Dia seorang yang bercita-cita tinggi, kuat semangat dan tegas (berbeza sangat dengan saya...he he he). Katanya semuanya berjalan dengan baik seperti yang dia impikan, dapat kerja yang bagus dan hidup yang selesa. Namun panas tak sampai ke petang, kena angkat kain di ampaian pada tengaharinya. Pada masa tersebut berlaku krisis kewangan. Dia diberhentikan kerja oleh majikannya. Lantas kemudiannya dia tak mampu bayar rumah yang dibeli dan juga keretanya ditarik. Ya dia totaly beruk (broke). Dia hilang segalanya dalam hanya beberapa bulan!
Dan selepas itu bermulalah episod duka yang beratur bertandang dalam hidupnya. Dan dia beritahu dia juga tak ada duit simpanan, dia tak ajar diri dia untuk menabung walaupun dia ada ijazah dalam bidang ekonomi dan sesungguhnya dia bekerja sebagai penasihat pelaburan!
Katanya "Ya lah bila dah susah sapa yang nak berkawan dengan kita?". Akhirnya dia beritahu kawan-kawan yang sudi berkawan dengan dia adalah mereka yang susah macam dia juga. Dia beritahu lagi dia menyewa bilik dekat dengan tempat kerja nak jimat tambang bas. Katanya mandi hanya pakai sabun Lux sahaja...(dulu dia pakai sabun mahal. Saya tak reti nak tulis apa jenamanya...)
Pada masa tersebut hidupnya melarat benar, mulanya hidup bergantung kepada keluarga tetapi sampai bila kan? Akhirnya dia berjaya mendapatkan kerja bertaraf rendah. Maksud saya tak setaraf dengan kelulusan ekonominya. Dan hidupnya sangat terhimpit sehingga dia menjalani kemurungan hidup. Pada masa tersebut dia beritahu dia ada tuhan sahaja...(baca dengan nada sedih bersalut simpati...sedih dan seangkatan dengannya)
"Setiap sen duit aku, aku jaga dengan teliti..." Dia beritahu saya waktu tengahari dia minum Milo sebab bila ada susu perut tak akan sakit...kesian kan. Dia beritahu sebelum itu dia tak tahu erti simpan duit...Haaa... Saya ulangi SIMPAN DUIT.
Saya jatuh pilu, ngeri dan sedih dengan episod hidupnya. Yalah kan bila kita susah kekasih/bini/perempuan simpanan (sama ada tetap atau berubah) pun akan lari lintang pukang. Adik beradik boleh tolong sedikit sebanyak je. Dan kita bukannya boleh menyusahkan mereka selamanya...lainlah kalau mereka semua taukeh balak.
Saya tak tahu bagaimana nak tulis betapa tertekannya hidup dia pada masa tersebut. Katanya akibat tertekan, sehingga sering terkeluar perkataan `allah-allah ini cubaan bagiku' daripada mulutnya...katanya...
Dan setelah negara Malasyia berjaya menangani krisis tersebut, akhirnya dia kembali dapat kerja elok sikit dan membina hidupnya semula.
Sekarang dia dah beli rumah pun, tapi rumah kecil saja katanya tak macam rumah dia dulu.Katanya dia kena mula dari bawah.
Dia pesan kepada saya, kita tetap kena berhati-hati kerana krisis kewangan mungkin terjadi lagi... Dia ada pesan kepada saya supaya mula menabung sebab katanya masa susah nanti RM100 besar nilainya...
Jan: Insyallah saya akan menabung untuk diri saya sebagai payung semasa hujan...apatah lagi ribut taufang...jom menabung.

1 comment:

Cik Bee said...

pedoman: minum milo badan sihat.
pedoman lagi : berjimat cermat amalan mulia.

.