"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Monday, December 6, 2010

Saya naik angin...(sambungan atas permintaan ramai, he he he)

" Kalau macam nilah, saya nak buat aduan dalam internate. Bank negara moniter aduan-aduan bank komersial tiap-tiap bulan. Awak tau nanti bos awak kena panggill sebab hal ni". Saya ugut seorang pegawai bank, saya tak sangka saya boleh pergi sejauh itu. Apa dah jadi pada diri saya ni?
Saya tak faham... saya berpendapat saya dah beri/akan beri banyak duit pada bank ni. Pinjaman perumahan saya iaitu urusniaganya berjumlah lebih RM400,000. Campur kereta dah dekat setengah juta! dan tentulah jumlah tersebut besar bagi orang yang tak banyak duit macam saya. (maksud saya bila segala pembayaran saya selesai memang saya membayar dekat setengah juta).
" Saya minta maaf saya baru kerja, baru setahun" Dia tiba-tiba minta maaf bila dengar saya nak buat aduan. Gelabah nampak... Dia ingat saya tak tahu pasal aduan yang bank negara moniter (sebut ikut ejaan) taip bulan. Atau dia memang tak tahu? Maklumlah `baru' setahun kerja...
" Kalu kerja bank setahun kira lama, kalu sebulan baru kira baru. Awak ni kena balik rumah study. Cari ilmu. Study masalah pelanggang, apa masalah dia" Saya masih lagi rasa panas hati. Nada suara saya tak bergetar langsung. Memang saya tegas.
"Awak penipu. Saya tak perlu bayar sesen pun sebab saya hanya nak tukar kaedah pembayaran dan awak salah lagi bila awak kata dah sedia ada dalam pakej. Saya memang diberi pilihan masa saya tandatangan aritu. Awak balik baca perjanjian tu betul-betul" Saya terpaksa tunjukan beberapa kesalahan yang dia buat.
" Saya minta maaf saya manusia biasa, buat salah" Katanya setelah banyak kali nak mencelah tapi saya laju je bercakap. Saya hairan sebagai manusia biasalah kita kena belajar. Kalau kita luarbiasa macam Awang Sulung Merah Muda, tak apalah...
" Beginilah En Sukiman, awak buat begini....bla...bla...bal...tapi off record yea, saya dah tanya pegawai atasan". Nada suaranya dah berubah dan lembut. Tiba-tiba pula dia dah tanya pegawai atasan, hairan saya perangai pekerja sebegini.
" Tak apalah off rekod ke, on rekod ke, saya nak masalah ni selesai hari ni juga dan kalau saya ada masalah lagi saya cari awak". Saya sengaja tekan dan kuatkan suara part saya kata `saya cari awak"
Jan: ...begitu rupanya nak berurusan dengan orang jenis ni...

1 comment:

uNcLeJoE said...

nak cari dia wat pe lagi en jan.. lupa dah dia tu laki ke perempuan... kalo perempuan mungkin dia sanggup en jan carik lagi dia nanti heheheh

.