Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, June 27, 2009

Setakat ini...: Setakat ini.

Salam sejahtera untuk `orang jauh'. Saya tujukan post ini khas untuk awak. Saya faham bila kita dah buat loan ratusan ribu tentulah kita mahu sangat tengok rumah tersebut.
Saya akan cuba gambarkan rumah tersebut seberapa daya. Gambar tak cantik sangat. Gambar dalam rumah tak ada banyak. Saya cuba tunjuk apa yang ada sahaja ya, yang saya kira sesuai.

Gambar 1: Pintu pagar.
Gambar 1 di atas menunjukan pintu pagar yang paling simple, yang dah siap. Sangat ringkas dan fungsinya untuk menandakan sempadan dan kawasan rumah sahaja. Macam biasa kita kenalah bergaya dongak apabila nak buka dan tutup pintu pagar ini. Beberapa buah rumah dah ada buat pagar baru!.


Gambar 2: Pintu depan, sliding door
Ini gambar pintu hadapan sliding door, saya tengok beberapa rumah dah siap buat pintu lain, dah renovate buat pintu papan kayu yang ada kaca bujur di tengahnya. Pintu tu trend masa kini.

Tetapi kalau tak nak tukar pun tak apa, just pasang grill je. Alah...yang penting kain langsir yang mahal dan cantik. Kalau pintu dan tingkat yang murah kena gaya dengan langsir yang elok dan sesuai, eloklah kan. Kalau pintu dan tingkap mahal tapi kain langsir tak cantik? No komen, he he he.

Gambar 3: Hadapan rumah dan pagar
Di atas gambar di hadapan rumah yang bersimen biasa. Kalau nak ketuk tukar yang guna tar pun boleh (kalu ada duit).

Tempat letak kereta ni luas juga dapat letak banyak buah kereta (kalau kereta tolak, he he he). Namun untuk kereta bersaiz sederhana dapat letak dua.

Kelihatan di atas pagar tu berwarna hijau dawainya, persis pagar di balairaya...

Gambar 4: Yang tak kesampaian hanyalah impian yang boleh kusandarkan kepada harapan...

Maaf ya, gambar 4 di atas tajuknya panjang sangat... Saya duduk betul-betul depan sliding door, sambil posing sikit (jangan marah).
Saya tengah dok terfikir macam-macam...ya lah kan bila dah dapat milik rumah sendiri ni, rasa legalah jugak. Ada tempat berteduh suatu hari nanti... Kita tak boleh harapkan sapa-sapa dalam kehidupan ni, terutama bila dah ke waktu senja. Setakat mana kita dapat pertahankan vouge kita kan?


Gambar 5: Tempat tong sampah
Gambar di atas pulak saya berada di tempat buangan sampah. Tempat tu sepatutnya diletakan bangkul sampah hitam yang besar. Namun dalam gambar ini sayalah `sampahnya'...

Gambar 6: Tingkap bilik tidur hala ke depan.
Gambar di atas pulak pose saya dari tingkap bilik utama. Kalau perhati betul-betul ke dalam gambar tersebut kita akan nampak 2 pintu. Satu pintu bilik dan yang tertutup tu pintu jamban (toilet).

Gambar 7: Bilik sebelah bilik utama
Bilik yang ternganga tu bilik sebelahan dengan bilik utama dan pintu tertutup tu pintu jamban yang kedua. yang juga berkonsi dengan pintu bilik ke tiga yang berhadapan dengan bilik kedua tadi. Tak banyak sangat saya pukul kat dalam sebab kosong sangat.

Gambar 8: Keluasan tanah tepi
Keluasan tanah adalah berbeza antara satu sama lain. Ada yang besar sikit dan ada yang besar, ada juga sederhana. Gambar di atas tu kononnya saya dok berfikir nak buat langskap macam mana...(yang tak perlu makan banyak duit, murah tapi kelass...tu la yang payah kan?)

Gambar 9: Pintu sisi rumah
Ni pose kat pintu pertama sisi, ada tingkap disebelahnya. Kira angin masuk kot sliding door boleh lah keluar melalui pintu dan tingkap ni. Kira ada masuk keluar jugaklah. Bukan boleh masuk tapi tak keluar-keluar.

Gambar 10: Gambar keseluruhan agak sisi

Ni gambar keseluruhan rumah kalau tengok kot tepi...ternyata jalan sudah di tar dan pagar dah siap.
Sebenarnya saya dah 9 kali pergi melawat. Kali terakhir saya lawat rumah ni dah dipasang tiang elektrik di antaranya (antara rumah-rumah). Tapi pendawaian tak ada lagi. Saya pergi khas untuk periksa kunci rumah dan apa-apa kerosakan yang ada. Ada la dia suruh seorang pekerjanya ikut saya dan periksa apa yang patut di rumah tersebut.

Pada pandangan saya yang cetek ni, rumah ni memang dah siap. Kalau ada elektrik dan air, dan gril memang boleh pindah dah. TETAPI buat masa ni secara pandangan rasmi, ia digolongkan kepada `tak boleh pindah lagi'. Selepas pemaju baiki apa-apa kerosakan semasa pembinaan, baru pemaju minta CF.

Saya ada tanya `kenapa ada dah rumah dah direnovate? Gadis berambut perang yang montok mesra tu jawab `Rumah-rumah yang di hadapan saja direnovate, rumah tu dah dapat CF'.

Jadi saya tak tahulah rumah `orang jauh' tu digolongankan kepada rumah mana. Sebab ianya berfasa-fasa. Fasa saya ni fasa yang akhir yang dah siap.

Jan: Sekian sahaja untuk `orang jauh'. Semoga dapat sikit imformasi.

1 comment:

Unknown said...

WOI KIME BAKPO LA JAGI GITU, KELAKAR LA PULOK KAWE AKU NIH,
TOK LEH DOK SORE TU, TAKUT MASUK ATU GAK PAYOH

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home