"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Saturday, June 20, 2009

Tak ok, tak ok jugak...

Sms daripada kawan saya:

Kwn sy baru 2 minggu kawin, dh bosan..Ajak sy cari seks kt luar. Tu kawin umur dh 32 tu... Bercinta lama. Cinta dpt, seks dpt tapi tak ok gak..

Saya tak dapat nak komen dengan cara biasa iaitu `bukan semua orang macam tu...' Saya pilih jalan lain sikit. Saya balas juga sms tu tapi tak panjang lebar.

ok ke tak ok, kehidupan kita bukan diukur pada kawin ke tak kawin, kalau kita ok, oklah. kalau dah tak ok, kawin pun tak ok jugak.

Kebahagian itu ada dalam kehidupan, dan salah satunya melalui perkahwinan. Tetapi perkahwinan tak tentunya bahagia, ia maha hebat ujiannya. Saya cuba huraikan masalah di atas dalam penulisan saya ini.

Saya tau kita tidak kenal diri kita siapa kecuali kita diuji. Saya bimbang jugak kot saya ni yang nampak slow learner bila dah kawin bukan main bebasnya seks (rambang pulak). Tetapi masa kini selagi saya boleh pakai baju dan seluar sendiri (kalau dah telanjang dan gila tu kira lainlah) saya mempunyai pendapat sendiri. Maksud saya `ambil hal' atas apa yang berlaku pada diri. Jangan biarkan ia berlalu gitu je kerana sedangkan jika kita ambil pengajaran mungkin kita lupa juga nanti. Tetapi setidak-tidaknya kita usaha ambil pengajaran, guna akal.Apa yang terjadi di keliling kita, kita cubalah belajar, walaupun kita selo lener...

Ya, kita juga tidak kenal pasangan kita sehinggalah kita duduk serumah, hidup bersama, kongsi katil dan tandas bersama. Bila duduk hari-hari barulah tahu.

Dan bila berkahwin seguni tanggungjawab menunggu di hadapan, sekotak amanah dan seribu kejujuran diperlukan... Ada orang lelaki dia memang rimas dengan tanggungjawab, hidup nak enjoy je (bukan semua...mungkin kebanyakan kot, he he he)

Saya tidak tahu apa yang mereka cari sebenarnya...Sepatutnya bila kahwin jadi lebih cerdik dan bertanggungjawab, ada pembangunan diri dan tidak jadi bodoh, tetapi yang terjadi sebaliknya!.

Apa yang mereka cari ya, walaupun bercinta sejak diploma lagi, saling mengenali luar dan `dalam' tidak semestinya berjaya dalam perkahwinan. Lelaki mungkin cepat bosan kot atau memang lumrah bila berkahwin `gatal'nya meningkat (mengalahkan orang bujang).

Pasal cari seks kat luar ni memang biasa...terutama yang sudah ada duit banyak. Mengimbas kembali kawan-kawan saya yang berjawatan besar apabila kami berkumpul misalnya jumpa kat pesta buku antarabangsa, ada yang datang bersama perempuan muda bergetah seksi yang lain. Sedangkan saya kenal isterinya. Kawan saya yang menjadi pengurus besar dengan bangga mengumunkan kepada kawan-kawannya itu adalah kekasih terbarunya. Ah, malaslah nak cerita, sebab seks bebas ni bukan budak muda-muda sahaja yang buat... (kami biasanya sewa hotel yang sama ramai-ramai, tapi bilik masing-masing...).

Kembali kepada sms di atas. Bila dah kahwin kenapa jadi bosan ya? Pelik, saya yang tak dapat ni anggap pastilah bahagia dapat bertepek dan buat seks dengan orang yang kita sayang tak kira masa dan tempat. Tapi rupanya tidak semestinya kan.(tetapi kalau bosan tak kan nak beritahu ke bini kan, nanti dia kunci pintu bilik, sapa nak jawab?).

Saya lihat di sekeliling saya ada kawan-kawan kawin nampak ok belaka, alhamdulilah dan ada juga yang ketara menjadi lebih tidak baik (di belakang isteri).

Tanggungjawab terhadap pasangan dan anak-anak (jika ada anak) tu amat maha besar dan hebat, mungkin sebab itulah dalam agama pahalanya katanya 27 kali ganda.Cuma jangan dok kejar yang 27 tapi melalui proses perkahwinan itu hancur... kena tahu sebab apa sampai 27 kali ganda? mungkin nak imbang yang mana patut kan...(yang banyak hilang?)

Jan: Apa sebenarnya ya? ambil air sembahyang dah berkolah dah, solat lebat, solat hajat, tapi tang nafsu ya rabbiii...

No comments:

.