"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Wednesday, June 17, 2009

Temuduga Pelik...

DALAM hidup saya, banyak juga saya menghadiri temuduga. Saya pernah ditemuduga untuk menjadi pembantu di kantin Sekolah Agama Maarif, pernah juga temuduga untuk menjadi pemeriksa kertas jawapan STPM untuk Maktad Adabi, sehinggalah ditemuduga untuk menjadi tenaga pengajar di institute pengajian tinggi. Namun terdapat satu `temuduga pelik’ yang dijalankan oleh sebuah universiti awan.

Saya rasa terkilan sebab cara pengendalian temuduga tersebut tidak dijalankan dengan beretika dan profesional. Bukanlah sebab saya gagal dalam temuduga tersebut maka saya jadi jahat menempelak balik, tetapi sebagai seorang pemegang Master of Public Administration saya dapat menghidu banyak kelemahan semasa pengendalian dilakukan.

Sebuah temuduga sepatutnya dijalankan dengan penuh berwibawa, tetapi temuduga tersebut telah meninggalkan kebencian pada diri saya (saya bukan benci universiti berkenaan tapi cara temuduga tersebut dijalankan…). Pada hal hari tu saya siap pakai minyat rambut dan sikat rambut lagi! (perkara yang jarang saya buat, he he he)

Antaranya:

1. Tak tahu bangunan mana. Saya dapati tempat temuduga tersebut telah ditukar pada saat-saat akhir. Terkebil-kebil saya di dalam kawasan tersebut seperti tok iman masuk disko.

2. Tidak ada sesiapa yang sambut dan bermanis muka sekurang-kurangnya. Lain sangat semasa saya temuduga di Shahputra pekan, walaupun organisasi kecil (dulu kecil di Pekan) tetapi professional. Daripada mula saya telah disambut dengan hormat dan dilayan dengan mesra, penuh senyuman.

3. Tempat temuduga tidak sesuai, sempit. Sepatutnya carilah bilik yang selesa dan luas semasa temuduga. Biar nampak imej universiti. Maknanya kalau tidak dapat kerja pun calon akan bawa balik pengalaman cerita yang positif. Cuba bayangkan sebuah meja kecil dikongsi ramai-ramai...

4. Tajuk diberi pada masa yang sama. Saya adalah calon pertama, saya dah siap slide di pen drive lagi. Namun saya diberi tajuk lain dan masa 5 minit sebelum masuk ke dalam temuduga. Saya gelabah sangat. Dan pada masa yang sama semua orang diberi tajuk juga tetapi berlainan tajuk. Cuba imagine untunglah orang yang paling akhir sebab boleh prepare lebih. Ini tidak adil. Lebih baik biarkan peserta mod teaching tajuk yang sudah mereka sediakan, kan?

5. Mempertikaikan keupayaan diri saya. Saya memang tidak digolongkan dalam kumpulan yang pandai, kalau saya pandai sangat saya kerja kat Bank Negara! Mereka mempertikaikan resut saya, saya masih ingat lagi siap mereka tanya macam mana nak jadi pensyarah result teruk? Dia guna ayat `teruk’, teruk betul depa kan?

Kalau teruk tak payahlah panggil saya untuk ditemuduga…entahlah sedih pun ada. Mereka tak pandang langsung saya dah mengajar ekonomi ni dah lebih 15 tahun…, dah jadi darah daging saya (macam dialog drama swasta pulak…he he)

Saya rasa dipermainkan, ditelanjangi secara akademik. Sepatutnya kalau saya tak layak tak payah panggil saya temuduga dan permainkan diri saya depan orang ramai. Saya nak datang temuduga bukannya senang saya tak ada kereta apalagi bas… (baca dengan nada yang sedih..).

Sepatutnya tanyalah `Apakah usaha Simone supaya menjadi lebih baik memandangkan tidak berapa cemerlang masa first degri dulu?. Atau rekalah soalan-soalan yang elok sikit. Tak kan tak reti, tak kan tak pandai, ada tu dah ada PHD pun!, tak kan tak pandai buat ayat! Huh!

Jankaulu:

Moralnya: Setiap temuduga haruslah dijalankan dengan cermat dan berwibawa. Walaupun mereka mungkin tidak layak menjadi ahli organisasi kita, kita tetap mesti melayan mereka sebaiknya, memandang tinggi kepada mereka, seadilnya.

1 comment:

madier said...

sedih campur geram baru tulisan ni...ngape tak hentam jer Suki masa tu...agak2 rasa tak dpt tu...hemtam je..hehehe...

kalau kat sini, nak jadi cleanerpun ada temuduga...huhuhu...ada member tu kena tanya..u ada pgalaman ke cleaner ni?apa lagi,member aku tu bagi terus lah...cuci mencuci ni kena ada pgalaman ke?dari umur 5th sampai umur sekarang tiap2 hari mencuci kat umah...tak dikira pgalaman ke?hehehe...tup2 dia dapat keje...hihihi..

kdg2 penemuduga ni tak nampak or buat2 tak nampak...nak kena sdarkan jugak...hehehe...sabar jelah...

.