"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, June 25, 2009

Bertukar Hp

Masih saya ingat lebih dua tahun dulu, saya beritahu penjual hp tu saya tak nak yang ada camera atau radio. Namun dia macam tak reti bahasa dan masih lagi bangga dengan hp yang ada camera dan radio. Terusan memujuk saya,menceritakan keistimewaan hp model terkini.

Terpaksalah saya beritahu dia kalau saya nak tangkap (pukul) gambar, saya guna kamera. Dan saya beritahu lagi kepada penjual tersebut saya memang tak suka dengar radio.

Biasanya apabila hp saya rosak saya tak baiki, saya hanya beli yang baru. Setakat ini tidaklah canggih sangat. Hp pertama saya beli Nokia, besar modelnya. Bila letak dalam saku seluar, nampak tertonjol. Hp ini istimewa, kalau jatuh dari tingkat lapan pun boleh diguna lagi, jatuh dalam air pun tak apa. Tapi yang paling saya suka bila mengengamnya sedap, sebab besar!.

Hp pertama tersebut saya dapat sebab saya beli Sijil Simpanan Premium. Harga kat pasaran masa tu RM390 kalu tak silap (pasaran Pekan). Saya memang tak beli kalau mahal. Cuma pernah dulu masa kat Pekan juga, saya pakai Samsung yang harga melebihi 1K. Tapi saya tak suka Samsung banyak sangat `petik’nya. Payah bagi saya nak guna… Yang saya beli sampai RM1k Samsung tu pun saya kerana saya tak rasional. Saya beli sebab masa tu ramai sangat pensyarah ekonomi dan pensarah lain ada pakai Samsung yang ada antena yang model cokeng tu. So because of nak rasa seng of belonging kepada group, saya beli. Tak ke bangang?. Kelakar pun ada kan.

Selepas hp Samsung tu rosak, saya kembali setia dengan Nokia, saya tak nak curang lagi. Dialah jodoh abadi saya setakat ni…. Murah je tak sampai RM500. Dan sememangnya tak pernah melebihi RM500 kecuali sekali beli yang Samsung tersebut.

Tetapi saya hairan, saya tengok di sekeliling ada yang bertukar hp dah jadi suatu habit. Mungkin mereka banyak duit kot atau suka teknologi baru? Entahlah saya tak tau banyak tentang teknologi hp, yang saya perlu ialah sms dan bercakap je…

`Tabiat selalu menukar hp ni kadang-kadang membazir, baik beli mas’. Kata kawan saya yang suka beli barang kemas.

Saya fikir sejenak, ada betul juga kata dia.Emas selalu naik harga...

`Ala…bukan selalu, beberapa kali je setahun’. Kata kawan saya pula yang suka beli hp kaler selalu bertukar cover. Kalau pakai baju merah, kasut merah dan kaler hp pun kena warna merah...he he he.

`Kita kena la ikut trend…’ Kata kawan saya sorang lagi yang kerap tukar hp macam juga dia tukar kekasih. Tetapi macam hp juga pertukaran tu bukanlah pergi ke standard yang lebih tinggi. Macam-macam tu juga patternnya ( saya kenal benar bekas-bekas kekasihnya tu, he he he).

Tapi bila sentuh bab hp ni…saya teringat Adnan. Dah banyak kali saya berseloroh yang Muzium Telekomunikasi nak ambil hp dia buat khazanah, he he he. Hp dia tu model lama dan buruk, he he he, ampun Nan.

Tapi ada falsafah di sebaliknya, katanya dia akan pakai selagi boleh. Dia tidak mahu membazir. Setakat ini, itulah keperluan dia. Saya jadi zuhud sekejap bila dia terangkan kenapa hp dia buruk je.

Lagi pun dia ada memberitahu lagi, dia menggunakannya sebagai keperluan bagi jenis kehidupan macam dia. Maksud keperluan tu jauh benar dengan maksud kehendak. Kalau seorang usahawan keperluan hp dia berlainan, fungsi lebih pelbagai untuk menalifon kelayeng dan simpan info busnis.

Jankaulu: Walaupun wujudnya hp, ianya tidak dapat memanjangkan atau mempertahankan sesebuah hubungan yang telah terjalin. Sebuah teknologi tidak mengajar sebuah kejujuran...

No comments:

.