"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Friday, June 12, 2009

Shit happeng...

Penipuan itu kadang-kadang lebih menyakitkan daripada subjek yang ditipu… Namun kali ini saya memokuskan kepada material, bukannya jenis penipuan manis mulut yang membuatkan kita dilambung harapan dan perkara-perkara sewaktu dengannya, (dan selepas itu meraung? he he he).

Dalam hidup saya beberapa kali saya pernah ditipu. Saya tidak tahulah dalam hidup orang lain ada manusia tidak pernah ditipu oleh orang lain. Daripada pengalaman, saya belajar banyak perkara… (namun saya masih tidak berani untuk menyatakan saya tidak akan ditipu lagi…lagi dan lagi kerana makhluk berkaki dua sangat licik).

Apabila kita kena tipu, yang paling sedih adalah perasaan hilang kepercayaan itu sendiri bukannya pasal duit kita yang hangus begitu sahaja, atau barang yang kita hilang tu. Kita terkilan kerana manusia yang kita percaya menipu kita (sedangkan pada masa kita memberi pertolongan kita benar-benar ikhlas, tak harapkan apa-apa).

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1993 semasa saya menuntuk di UM (cerita lama…). Pada masa tersebut saya menyewa di Bangsar, hanya tahun pertama saya diberi kebenaran duduk di asrama, selepas itu saya `dibuang’ sebab tak aktif semasa duduk di asrama, he he he. Orang lain masuk Palapis saya masuk pertandingan gubah bunga...tak ke haru?

Walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku namun setiap kali saya tengok beg Adidas, saya teringatkannya. Beg jenama adidaslah beg ori pertama saya beli.

Orangnya baik, kawan kepada roomate saya. Dia bukan pelajar u tetapi selalu juga datang lepak kat rumah sewa, makan minum dan tidur sekali sekala. Kawan saya itu pun baik juga kalau tak baik tentulah saya tidak berkawan dengannya (di sini sepatutnya saya tahu yang kawan kepada kawan baik kita tu bukan tentu lagi baik). Orangnya stail jenis ustad, islamik sangat penampilannya imejnya ala Raihan bukan bukak-bukak macam Faizal Tahir. Dia hanya hendak meminjam beg Adidas saya tu, saya pun memberinya atas alasan dia kawan baik kepada kawan baik saya.

Tapi rupanya itulah hari terakhir saya melihat beg Adidas origanel itu… jodoh saya tak panjang dengan beg tu. Memang kini saya mampu beli 10 beg Adidas yang original dan mungkin lebih mahal lagi (ni bukan nak berlagak, he he he kena guna kad kredit jugak, hu hu) tapi keberahian nak beli tentulah sudah tak sama... Mata saya ni masih boleh nampak dengan jelas betapa cantiknya beg biru muda itu…ya lah terpisah dengan benda yang kita sayang memang menyakitkan.

Saya kumpul duit untuk mendapatkan beg itu. Saya juga tunggu duit loan untuk membelinya. Dan pada masa itu saya dah beria survey di Pertama komplek, Sogo dan Yoahan The Mall (tempat beli belah top pada awal tahun 1990an). Dan setelah 8 minggu saya barulah ambik keputusan yang saya nak beli yang origanal sebab senang, tak rosak sebab saya naik turun bas selama 4 tahun dari Besut dan Penghentian putra.

Saya tak sangka dia sanggup ambik beg tu dan tak muncul-muncul lagi...

Jan: Shit happeng…, theres always bitches and always bastards…

No comments:

.