"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Sunday, June 7, 2009

hari ke tiga

saya ke bandar Jerteh lagi dengan adik perempuan dan adik ipar saya. Saya beli beg duit RM10, he he he. Mamat yang jual beg duit tu terpinga, mungkin dia hairan sebab sehandsome saya guna beg duit harga RM10 je.

Semasa cari gerai tu saya pergi dengan anak saudara saya najib, dia sekarang meningkat dalam pelajaran, saya harap dia dapat semua A dalam mata pelajarannya. Tapi saya bimbang pula sebab dia handsome, orang handsome jarang cerdik belajar kan? Jarang yang ada kedua-duanya macam saya dan Adnan (mulanya saya saja tapi adnan nak jugak...)

Adik saya beli beras pulut, saya ingatkan dia nak jampi suaminya tapi rupanya dia nak buat pulut kuning, nak beri ke tok iman dan kuncu-kuncunya pada malam akikah nanti.

Balik dari jerteh kami angkut bekas buffet pulak dari rumah adik ipar saya.Nak buat akikah esok. sembeleh sekor lembu sahaja, majlis kecil sahaja, tak jemput ramai orang.


Petang saya kemas rumah, alih almari antik kayu cengal. Saya pernah beritahu ayah saya kalau dia mati saya nak almai antik tu. Almari tu besar dan cantik.

Petang itu juga saya buat kerja translate, ada hamba allah minta tolong buat, he he he. Kat tempat kerja saya, sayalah yang selalu minta kawan saya buat...hehehe


Saya masih tidak dapat menulis dengan baik...dada saya berasap...saya rasa sedih dan sunyi...saya tak dapat bercerita dengan elok...

Jankaulu: Kalau saya kaya dan handsome tentu nasib saya akan berlainan...tapi tak tentu lai kan,,,

1 comment:

danny said...

Ralat:

Pembetulan ayat

Ayat salah:
(mulanya saya saja tapi adnan nak jugak...)

Ayat sebenar:
(mulanya adnan saja tapi saya nak jugak...)

.