"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Thursday, June 11, 2009

Tekanan darah tinggi...


Mungkin saya terlalu banyak bekerja, terlalu banyak merokok, terlalu banyak berfikir?, tidor lewat dan makan daging, tekanan darah saya naik mencanak. Bila mak saya periksa, bacaan di atas mencecah 200 dan tekanan darah bawah 110.

Sebenarnya sebelum bermula majlis saya dah rasa pening, Dan dalam keriuhan majlis sepanjang saya cuti saya dapatkan rasakan betapa sakitnya kepala saya tetapi saya buat gembira je sebab ramai orang. Kalau boleh saya nak menangis dan beritahu mak saya, saya sakit kepala (sambil berpelukan) tetapi saya kena tahu saya berada di alam nyata bukan sedang shooting filem, he he he.

So saya kena jaga makan dan tidur dengan secukupnya, kat kampung saya tidur pukul 2 atau 3 pagi, he he he. Tapi bangun amat lewat. Sekarang saya dah okey dan boleh melompak katak dah.

Walau bagaimanapun percutiaan saya kali ini amat pelik. Saya buat kesimpulan saya tidak pernah seseronok ini apabila balik kampung (mengalahkan raya)dan saya juga tidak pernah sesedih ini apabila balik kampung. Saya tak reti nak terangkannya...


Jan: Pulak dah...

2 comments:

Julie said...

aiii... simone ....ingat dok ni julie ksp ..... huhuhuhu best laa ye awak mczue ke uniten .....sadiss laaa ktorg kat cni .... ape2 pon jaga mczue molek yeeee n jaga tekanan darah awak tu juga .... adios

jankaulu said...

Ingat gitu...he he, semoga mereka dapat menyesuaikan diri kat hutan rimba ni, he he he.

apa-apa pun malas la nak jaga mek zue, takut abang Ros marah, he he he.dan diri sendiri pun tak terjaga (pulak dah).

.